Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Saturday, January 1, 2011

Cerita Bola Lagi....

Cerita bola lagi..maaf sekiranya ada yang muak dengan entri blog. Tak habis-habis dengan bola..bola..bola... walaupun banyak isu dalam surat kabau hari nie boleh dijadikan isu... Tentang Artis Malaysia Setaraf dengan artis Hollywood...hehehe setaraf ka?...mungkin entri lain boleh kit kupas cerita sebenarnya tue.

Hari nie cerita benar nak ulas pasal tajuk akhbar bahagian ruangan sukan..Safee Sali paling hangat di pasaran...memang dia layakkan pon..FAM patutnya membantu pemain-pemain Malaysia yang berbakat nie untuk jual kemahiran mereka dipasaran antarabangsa. Wujudkan satu unit yang khas...tugas unit ini pergi ke kelab-kelab luar dan cuba jual pemain Malaysia yang berbakat. Gunakan pelbagai kaedah untuk promosi setiap permain tersebut...dan permain-pemain pulak kena la bersedia kearah tue...

Pengalaman bermain diluar tidak akan sama dengan bermain di Liga sendiri..Suasana berbeza, persaingan sengit itulah pengalaman yang tidak ada dalam liga sendiri...Asyik-asyik jumpa muka yang sama...Kalau kita penyerang kita dah tau kita akan jumpa dengan pemain pertahanan yang pernah kita jumpa dalam skuad negara.. sebab diorang nie juga yang akan terpilih mewakli negara kalau mereka baik.

Harap-harap Safee tidak akan menolak offer yang diterima dari Kelab Vietnam atau Indonesia tue. Atau cuba cari kelab dari Thailand...liga mereka lebih baik..Kenapa aku cakap macam tue?...sebab liga mereka mempunyai ramai pemain berbakat...kelab Vietnam misalnya...pemain-pemain import kelab disana bermain bersungguh...Komitmen dan skill mereka memang mengagumkan...jadi sebelum temasya sukan bolasepak peringkat asia atau asia tenggara bermula kita dah ada pengalaman bersaing bersama mereka.

Duit...cerita duit..kalau kaedah kita jual permain-permain kita yang berbakat kita boleh jana pendapatan...kalau tak masuk kantung FAM pun tak la payah FAM keluaq duit sendiri untuk hantaq permain berlatih kat luar negara...Kita pernah hantaq pemain untuk berlatih diluar negara tapi kita tak ada kaedah pemantauan.. tiada yang menonjol...malah terus tak balik pon ada..apa dah jadi dengan permain yang kita hantaq ke Perancis...budak tue mana dia...rasanya umoq pon lebih kurang Safee, Norshahrul Idlan dan pemain Skuad Malaysia yang lain...mana pie...habihkan duit rakyat jer..

Piala Dunia..cerita pasai piala dunia..pada pendapat aku la..selagi Malaysia tidak mempunyai pemain yang bermain dikelab-kelab luar negara..rasanya jangan mimpi la untuk bermain di Piala Dunia atau Olimpik...Kita amek contoh korea sudah...player dia ramai kat luar negara...cuba kita belajaq dari mereka...walaupun sejarahnya mereka belajaq dari kita...

Cuba kita bayangkan semua permain yang mewakili skuad Piala suzuki Malaysia 2010 kita hantaq bermain dikelab-kelab lain..di Asia nie..mungkin liga Jepun, Korea, Thailand dan sebagainya.. Kalau tak boleh Liga Divisyen 1...liga Div 2 pon takper..Aku percaya apabila mereka balik untuk mewakili skuad negara kelak mereka ini akan mempunyai watak yang lain..yang jauh lebih matang dan yakin...Jual la betol betol wahai FAM..

Biar mereka ini takde dalam liga tempatan...biar bakat-bakat baru pulak yang muncul untuk memeriahkan liga tempatan..camtue baru la ada benih-benih baru yang tumbuh..bayangkan 5 tahun akan datang Malaysia mungkin boleh mengutip hasilnya...

Akhir sekali untuk entri nie aku harap FAM buat la sesuatu..Jadikan Skuad Harimau 2010 nie sebagai turning point untuk kemajuan bolasepak masa akan datang..Kalau kita lihat hasil dari pencapaian skuad ini ramai sungguh penyokong Malaysia..ramai yang sebelum ini tak berminat tentang bola pon dah pandai bercakap tentang bola...

AKhir sekali dari cerita benar...Majulah sukan bolasepak tahun 2011...harap-harap banyak lagi kejayaan akan menyusul..

0 comments:

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP