Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Kenapa Perlu Berhenti Kerja..?


Selamat malam... hari ini blog cerita benar nak bercerita tentang berhenti kerja...Kenapa perlu berhenti kerja?...dah kaya sangat ka buat busines online atau dah banyak dapat duit iklan dari Nuffnang?.. bukan semua jawapan diatas....

Apa yang aku nak buat bukanlah nak berhenti dari bekerja tetapi lebih kepada nak berkerja dekat tempat baru...Syarikat baru dah buat tawaran... cuma aku hantar proposal untuk gaji yang aku nak...tak tau lagi dapat ka tidak?...dah lama dah kerja dekat tempat sekarang...mengikut satu motivasi kerja yang aku baca...dia suruh semasa muda kita kena rajin pindah kerja...

Kenapa macam tue? Selalu yang kita dengar kita kena stay dekat satu satu tempat biar lama..baru senang naik pangkat...nie motivasi tue cakap sebaliknya..apa rasionalnya?

Rasional cadangan supaya berubah tempat kerja semasa muda adalah..apabila kita berpindah tempat ke tempat baru biasanya tawaran gaji akan lebih tinggi.. jadi dengan semangat dan tenaga muda yang kita ada serta idea idea baru akan membuatkan value kita lebih tinggi..

Sekiranya kita kekal berkerja ditempat lama peluang kenaikan gaji biasanya tidak akan setinggi tawaran dari tempat kerja yang baru..itu yang cuba nak disampaikan..

Dan dalam motivasi itu juga mencadangkan supaya kerja lompat kerja nie berhenti apabila umur kita sudah meningkat dan pada waktu itu pendapatan kita sudah stabil..

Aku rasa itu sahaja yang nak dikongsikan pada malam ini...berjumpa lagi esok

Tuesday, January 18, 2011

Cerita Orang Tua Yang Gigih....


Kalau ada pendapat mengatakan umur bukan penghalang kepada kejayaan, pendapat itu adalah pendapat yang betul...siapa setuju?...siapa yang membantah?...tak kira setuju atau membantah jom kita buktikan...faktor penghalang sebenarnya adalah diri sendiri...bermotivasi atau tidak...itu aje.

Cerita yang aku buat untuk entri hari ini adalah sebagai panduan kepada diri aku sendiri dan orang yang baca blog cerita benar ini. Cerita tentang manusia yang inginkan kejayaan dalam bidang pendidikan walaupun umur dah cukup tua. Beliau dicatatkan sebagai manusia yang tertua didunia bergraduat dari mana-mana universiti. Allen Stewart berumur 91 tahun semasa bergraduat dari Universiti New England dalam Ijazah dalam bidang Perundangan.

Bukti kepada semangat beliau untuk belajar ditunjukan lagi apabila beliau mendaftar untuk mengikuti Program Master Sains Klinikal di Universiti Southern Cross ketika berumur 95 tahun.

Apa rahsia Allen Stewart..ini cerita beliau.

Stewart says he lives by the maxim

"as long as you keep pedalling the bike, you won't fall off"


Beliau percaya dan berpegang kepada 4 prinsip:-

  • Kecergasan Tubuh badan
  • Kecergasan Minda
  • Kecergasan Semangat
  • dan fungsi kecergasan dalam Kehidupan
Hahahaa....rasanya selepas baca nie kita boleh buang apa juga alasan untuk tidak berjaya....berjumpa esok untuk entri cerita benar...

Monday, January 17, 2011

Kalau Jatuh Macam Mana Kita Nak Bangun?


Selamat Malam...dah tiga hari aku tak update post dalam blog Cerita Benar nie..Bukan aku malas atau aku jenis yang tak tunaikan janji...tapi aku terpaksa masuk hutan selama 3 hari untuk kem motivasi.

Cerita motivasi adalah cerita kegagalan dan bagaimana kita nak bangkit dari kegagalan tersebut...cerita tentang usaha...cerita tentang bagaimana kita mengunakan keupayaan yang ada untuk mencapai kejayaan...kejayaan dalam kehidupan, kejayaan dalam perniagaan atau kejayaan dalam menuntut ilmu..

Dalam motivasi ini ada cerita tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai cukup sifat tetapi dia berjaya bangkit dari kekurangan tersebut. Pernah dengar nama Nick Vujicic...? Aku sungguh kagum dengan apa yang dilalui oleh beliau....baginya tiada apa yang mustahil untuk dilaksanakan...kalau dia yang cacat anggota sebegitu boleh membuat semua perkara yang tidak logik....kita yang sempurna sifat sepatutnya tidak ada alasan untuk tidak berjaya....



Ada banyak lagi video tentang Nick Vujicic nie...di dalam youtube... mungkin boleh dijadikan panduan untuk motivasi diri sendiri atau kawan-kawan, keluarga dan sebagainya..

end of the post....esok kita jumpa lagi

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP