Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Showing posts with label iklan nuffnang. Show all posts
Showing posts with label iklan nuffnang. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Income Nufnang Vs Income Adsense..


Salam sejahtera kepada semua.
Hari ini aku dah buang iklan nufnang dari blog cerita benar. Sebenarnya dah lama aku dok pikiaq nak buang. Tapi hari nie selepas baca blog kepunyaan gurucyber aku pon rasa aku patut buat tindakan yang sama macam beliau buat.

Memang betoi kalau nak dibandingkan adsense dengan nufnang memang adsense lebih mudah dapat duit. Boleh la jugak bayar apa yang patut. Tapi dengan nufnang nak bayar bil internet pon tak boleh...apatah lagi nak enjoy.

Dan hari nie jugak aku gantikan iklan-iklan nufnang dengan iklan dari google adsense yang selama ini aku letak dalam bolg niche aku yang lain. Aku ada banyak blog niche tapi cuma dua sahaja yang generate income kepada aku. Satu pasal Slim and Healthy dan satu lagi How To Start Forex Trading.

Sejarah google adsense..aku belajar dari buku yang dibeli dari En.Nawar.. Teknik yang diajar memang bagus. Dia ajar cara nak apply adsense dan guna teknik dia akaun iklan adsense aku approved pada hari yang sama aku apply pada tahun 2008.

Aku rasa itu sahaja untuk hari ini setelah begitu lama aku tak update blog cerita benar ini. Semoga semua orang mendapat apa yang mereka hajati dan usahakan.

Monday, January 24, 2011

Mencari Nuffnang...


Selamat malam dan salam sejahtera... Hari nie blog cerita benar ingin berkongsi tentang mencari Nuffnang...

Jom kita lihat negeri mana yang paling popular mencari nuffnang dalam tahun 2010.. Graf dari google trends menunjukkan negeri Pahang merupakan negeri yang paling banyak membuat carian atau pun mengoogle tentang Nuffnang. Wa popular nuffnang dekat negeri Pahang..mungkin influence dari CikguDahlia kot...

Tempat kedua diikuti oleh negeri Johor dan di tempat yang terakhir adalah wilayah persekutuan, Kuala Lumpur..aik kenapa KL tak ramai yang search/cari atau masuk website nuffnang. Andaian yang dibuat oleh cerita benar adalah mustahil nuffang tak popular di KL...mungkin orang kat KL dah pandai dan mengetahui Nuffnang nie...jadi diorang tak payah lagi untuk search tentang nuffnang...mungkin pendapatan blogger pon ribu-riban dah kot..

Tapi kalau graf mengikut bandar pulak tempat teratas adalah adalah Kelang dan diikuti oleh Petaling Jaya, Malaysia..emmmm Kuala Lumpur macam biasalah di tempat terakhir...

Mana pie Melaka?...aku kan selalu search pasai nuffnang nie..takkan tak masuk senarai kot...hahaha baca detail sket rupanya graf tue cakap "Scale is base on the average traffic of nuffnang from Malaysia" wooo camtue... aku yang benggong...apa-apa pun google trends nie kita boleh tengok untuk dapatkan maklumat trafik...jumpa lagi esok ...tq

Thursday, January 20, 2011

Kenapa Perlu Berhenti Kerja..?


Selamat malam... hari ini blog cerita benar nak bercerita tentang berhenti kerja...Kenapa perlu berhenti kerja?...dah kaya sangat ka buat busines online atau dah banyak dapat duit iklan dari Nuffnang?.. bukan semua jawapan diatas....

Apa yang aku nak buat bukanlah nak berhenti dari bekerja tetapi lebih kepada nak berkerja dekat tempat baru...Syarikat baru dah buat tawaran... cuma aku hantar proposal untuk gaji yang aku nak...tak tau lagi dapat ka tidak?...dah lama dah kerja dekat tempat sekarang...mengikut satu motivasi kerja yang aku baca...dia suruh semasa muda kita kena rajin pindah kerja...

Kenapa macam tue? Selalu yang kita dengar kita kena stay dekat satu satu tempat biar lama..baru senang naik pangkat...nie motivasi tue cakap sebaliknya..apa rasionalnya?

Rasional cadangan supaya berubah tempat kerja semasa muda adalah..apabila kita berpindah tempat ke tempat baru biasanya tawaran gaji akan lebih tinggi.. jadi dengan semangat dan tenaga muda yang kita ada serta idea idea baru akan membuatkan value kita lebih tinggi..

Sekiranya kita kekal berkerja ditempat lama peluang kenaikan gaji biasanya tidak akan setinggi tawaran dari tempat kerja yang baru..itu yang cuba nak disampaikan..

Dan dalam motivasi itu juga mencadangkan supaya kerja lompat kerja nie berhenti apabila umur kita sudah meningkat dan pada waktu itu pendapatan kita sudah stabil..

Aku rasa itu sahaja yang nak dikongsikan pada malam ini...berjumpa lagi esok

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP