Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Saturday, February 20, 2010

Nak Tulis Apa Untuk Cerita Benar


Aku mulakan entry aku untuk cerita benar dengan apa yang aku buat.. Hari nie seperti hari Ahad yang lain pukul 10 pagi kena pergi hantar anak sulong aku kelas Taekwando. Dia belajar Taekwando masa umor dia 4 tahun. Sekarang umor 7 tahun aku tengok masih dok macam tue jugak, Takde perubahan. Mungkin masa tadika dulu takde persaingan dan dia tak expose dengan lain-lain gred (tali pinggang) kot.

Sekarang nie kat sekolah rendah semua tali pinggang ada, minat dia macam bertambah sket. Balik rumah pon dah practice tambah lagi sekolah nak buat sukan dan geng taekwando kena buat Demo dan terpilih. Ha tue sebok la nak practice..

Berbalik pada tajuk nak tulis apa untuk cerita benar, aku buka la blog kawan-kawan dari yang dah PR 6 hingga la yang takde PR macam blog aku nie..semuanya untuk dapat idea. Tapi idea takde lagi..Ada kawan aku tue dia buat blog untuk jual produk soft toy second hand. Tengok maju jugak. Lagi satu tue dia buat untuk letak resepi...baguih juga kira boleh cerita hari nie aku buat Ketam Bercili guna resepi yang aku baca tue la...hmm..nyumm nyum nyum.

Buat blog senang tapi nak kasi blog menarik susah, kena pikiaq SEO (Search Engine Optimization) lagi supaya senang search engine macam Yahoo, Google dan lain seangkatan dengannya index blog kita. Sapa-sapa yang baru buat blog bleh la hantaq kat sini untuk diorg index:-

1. Yahoo - http://search.yahoo.com/info/submit.html
2. Google - http://www.google.com/addurl/
3. Microsoft Live - http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
4. Alexa - http://www.alexa.com/help/webmasters#crawl_site

Aku listkan search engine yang selalu kita orang Malaysia guna dan ikutkan banyak lagi tapi buat masa nie tak perlu kot. Rasanya aku pon blom hantaq habis lagi ke Search Engine yang aku listkan tue.

setakat nie saja untuk entry blog cerita Benar. Semoga boleh dimanfaatkan oleh pembaca.

Friday, February 19, 2010

Cari Idea untuk Blog Cerita Benar


Sabtu pagi seperti biasa aku akan hantar 2 orang anak perempuan aku ke-kelas mewarna. Teknik mewarna diorg tue dah "improve" banyak...baguih la tak la rasa rugi sangat keluarkan duit..

On the way balik selepas hantaq tue aku dok pikiaq macam mana nak cari idea untuk Blog Cerita Benar agar ianya menarik, bukan utk orang lain tapi untuk aku bila time boring-boring boleh baca balik apa perjalanan hidup aku...

Aku buka la balik buku lama-lama, macam mana nak "generate idea".. Macam macam teknik nak jana idea nie... cuma macam mana kita nak guna atau execute tue yang payah..Kata sifu aku dulu idea pertama adalah idea yang kita kena buang dalam tong sampah...sebab.. katanya idea pertama yang terlintas tue adalah idea yang juga terpikir oleh berjuta orang lain...logik jugak la..Kata dia lagi idea yang best adalah idea yang simple tapi orang lain tak terpikir...contohnya bila orang tengok idea kita tue orang cakap

"pergh best la idea tue...senang jer...kenapa la aku tak terpikiaq sebelum nie"

Tue la idea yang best menurut Sifu aku..kata dia lagi kalau nak pakai gak idea pertama tue kita kena tengok dari sudut lain..maksudnya:-

1. Apa yang berlawanan dengan idea tue
2. Apa yang boleh dijadikan pelengkap kepada idea tue
3. Apa sifat idea tue...kita buat analisa sifat kelebihan dan kelemahan
4. Apa idea yang ada tue kita lebih-lebihkan "
Exaggerate to the extreme"

Itu la antara tips jana idea yang aku boleh kongsi...untuk manfaat pembaca bersama..Kiranya cerita benar di sebalik pembinaan blog nie la.. Tapi masalahnya aku dah ada idea untuk "content" blog nie ka?..

Ok la untuk entry nie cerita benar disebalik cari idea untuk blog Cerita Benar..

Thursday, February 18, 2010

Buat Blog Sendiri

Buat blog sebenarnya tak susah kalau kita dah cuba. Tambah-tambah pakai blogspot. Bagi aku blogspot mudah nak guna berbanding ngan wordpress. Mungkin lain orang lain pendapat dan itu dah tentu, pendapat masing-masing. Apa yang penting kalau kita nak buat sesuatu perkara kita mesti usaha untuk belajar.

Apa kena-mengena intro nie dengan nama blog "Cerita Benar"?

Cerita benar - Blog nie berkaitan dengan kehidupan, apa yang kita buat, apa yang kita nak buat, apa yang kita kena buat, jadi walaupun kadang-kadang benda tue kita buat tak betul ianya tetap cerita benar hanya kita yang apa yang kita buat..

Salam pengenalan untuk blog Cerita Benar kepada semua.

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP