Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Friday, December 31, 2010

Cerita Benar Untuk Akhir Tahun 2010


Cerita benar kali nie nak "recap" tahun 2010 dengan cerita-cerita yang takleh dilupakan. Cerita-cerita ini boleh dijadikan panduan atau pun boleh digunakan sebagai penghibur dikala tension bila diingatkan.

Yang paling utama adalah cerita tentang kemenangan dan kejuaraan Malayisa di Piala Suzuki 2010 walaupun pada sentuhan pertama orang kata sentuhan kecundang. Mana tidaknya mula-mula dah kena belasah sampai 5-1 dengan Indonesia...tapi yang syok dan bebaloinya orang belasah kita tue la kita belasah balik untuk jadi juara...moralnya bila buat satu-satu benda tue kalau bersungguh walaupun gagal pada mulanya diakhir kita akan berjaya jugak..

Cerita seterus adalah berkaitan dengan bola jugak..bagaimana perangai manusia yang tidak sama walaupun dikatakan serumpun..biadap walaupun kita memberi layanan yang baik kepada mereka. Mungkin bukan semua yang berperangai macam tue tetapi aku tetap berpuas hati apabila Malaysia jadi juara. Mereka menceroboh laman-laman web tempatan dan mengantikan dengan gambau-gambau yang tak senonoh...

Yang paling best adalah mereka nie tidak pernah percaya pada kemampuan diri sendiri...mereka percaya kepada binatang (en gudel) sotong kurita yang duduk dalam zoo... mereka tidak percaya pada bakat pemain tempatan walaupun negara mereka mempunyai rakyat antara yang paling ramai didunia...Moralnya walau apapun yang kita lakukan kita kena percaya kepada kemampuan diri sendiri dan jangan suka mendabik dada.

Cerita benar untuk ingatan 2010 jugak adalah berkaitan dengan blog Nuffnang banyak tips yang aku dapat dari kawan-kawan blogger yang aku lawati walaupun mereka tidak mengenali aku. Blog Cikgu Dahlia misalnya banyak tips dan ilmu yang aku dapati. Rasanya kalau semua tips yang diberikan aku berjaya ikut. Aku percaya ianya akan merubah blog aku yang tidak seberapa nie. Mungkinkah blog aku bleh mencapai 4000uv dalam satu hari seperti blog cikgu Dahlia?...kita sama-sama doakan.

Mungkin aku boleh share sebahagian tips-tips tue kat sini sebagai panduan untuk berbloger bagi tahun hadapan:-

Tips yang pertama dia cakap kita kena ZIARAH MENZIARAHI...macam kita(aku) bukanya celebriti takde sapa nak datang melawat tempat kita kalau kita sendiri tak pernah lawat tempat orang.

Tips Kedua adalah beri penghargaan kepada blogger lain...rajin memberi komen-komen yang membina. Lagi banyak komen lagi baik..bukan sahaja blogger tersebut lebih bersemangat kita juga mendapat faedah apabila blogger terbabit melawat ke blog kita. Cikgu dahlia siap letakkan bukti pengunjung beliau..aku?...emmmm (kena rajin lagi)

Cerita aku untuk azam tahun baru adalah untuk memastikan aku dapat lebih ramai kawan bagi blog aku....bersambung...

Wednesday, December 29, 2010

JUARA...JUARA...JUARA...Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 apa Cerita Garuda?



Cerita Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 mesti menjadi bualan masyarakat. Cerita Malam yang penuh dengan kegemilangan buat Skuad Harimau Malaya mengalahkan Garuda yang patah sayap..

Cerita tentang Garuda yang gagal membaham mangsa (penalti pon tak masuk)...mungkin garuda dah tempang...atau silau dengan laser hijau dilaman sendiri..atau mungkin garuda telah didukun oleh pendatang yang telah bermaustatin sebagai buruh binaan di Malaysia.

Cerita tentang kesugulan penyokong yang tidak dapat menerima kekalahan...Masing-masing merenung jauh tidak tahu apa yang nak dikata. Mungkin menyesali keanggkuhan selama ini. Baca sajalah di blog atau komen-komen dalam YOUTUBE.


Cerita tentang Jurulatih import yang tidak pernah bawa piala kepada Garuda...Mungkin tidak cukup Garuda dari negara lain untuk menabur bakti...Mana pergi garuda tempatan?...mungkin tidak cukup tangkas atau paruhnya belum tajam...kemenangan Malaysia sungguh manis tanpa sedikit pun sentuhan import..

Cerita tentang Safee Sali..jaringannya cukup istemewa..padu..dan berbisa..Kenapa pemain seperti Safee atau NorSharul Idlan terpilih sebagai pemain harapan... Mungkin sebagai saguhati untuk garuda...Mana mungkin pemain harapan perlawanan tidak berjaya menyumbatkan gol penalti..

Banyak lagi rasanya cerita benar untuk di kongsikan..tetapi malam telah lewat...aku nak buai dengan mimpi indah dengan Kemenangan Malaysia di Piala Suzuki 2010..Tahniah sekali lagi buat Malaysia..KING GOPAL, Pemain dan pengurusan Skuad Bolasepak Piala Suzuki 2010.

Cerita buat pemain Malaysia..teruskan lagi usaha..tajamkan lagi skill jangan lupa diri...anda boleh maju lagi...mungkin dengan kesungguhan anda semua dapat mempertahankan lagi Piala Suzuki ini 2 tahun dari sekarang.

Tahniah...JUARA!!!JUARA!!!JUARA!!!JUARA!!!JUARA!!!JUARA!!!JUARA!!!

Tuesday, December 28, 2010

Masih terbayang saat-saat manis...Piala Suzuki 2010

Esok merupakan perlawanan kedua akhir piala suzuki 2010. Jadi aku pon browse youtube untuk menonton kembali detik-detik manis gol-gol skuad harimau. Memang ramai yang menyumbang video perlawanan tersebut didalam youtube. Terima kasih kepada penyumbang...

Sebenarnnya apa yang aku nak kongsikan hasil dari browse youtube tersebut adalah komen-komen penyokong indonesia. Mereka ini kebanyakkannya kurang matang, pemikiran cetek dan kebudak-budakan. Adakah kerana bolasepak ada yang sanggup membunuh?..

"tenang di gbk juga sudah di siapin kantong mayat buat suporter malingsia(malaysia = dasar maling)jangan lupa bawa suporter yang banyak,soalnya kantung mayat sudah gue stok buat kalian.,,,,,"

quote diatas aku amek dari comments youtube. Panas sungguh komen-komen tersebut..

Apa cerita sebenarnya nie. Kalah menang ada permainan. Jika ditakdirkan Malaysia kalah pada perlawanan di INDONESIA esok, aku tetap bersyukur sebab telah menyaksikan permainan yang cemerlang dalam perlawanan pertama dan sekiranya skuad ini mengekalkan permainan yang sama aku percaya Indonesia akan mengalami kesukaran.

jom kita saksikan aksi menarik perlawanan tersebut.



tahniah kepada penjaring gol...tahniah kepada arkitek penyumbang...takniah kepada pertahan..dan tahniah kepada KING GOPAL

----- betoi ka kita pakai dukun--- ada ka patut surat kabau indon ckp macam tue ---

Sunday, December 26, 2010

Kemenangan Malaysia keatas Indonesia Bukan Kerana Laser Pointer


Cerita benar disebalik Malaysia menang selesa 3-0 keatas Indonesia dalam perlawan akhir pertama Piala Suzuki 2010 bukannya disebabkan oleh LASER POINTER tetapi lebih kepada SIKAP disiplin yang mematuhi apa yang telah diterapkan oleh KING GOPAL. Kemenangan ini merupakan satu kemenangan yang paling berharga selepas ditewaskan 5-1 sebelum ini di Jakarta. TAHNIAH buat skuad bola sepak negara.

Kemenangan ini juga merupakan satu petunjuk bahawa pemain-pemain muda bolasepak negara mempunyai SIKAP dan disiplin yang tinggi didalam memastikan kejayaan pasukan.

Cerita benar kali iniamat bangga dengan kejayaan tersebut tetapi ada sedikit kekesalan dengan SIKAP penonton yang inginkan kemenangan dengan cara yang tidak sepatutnya. Sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh penyokong Malaysia manusia tersebut memang BODOH. Seolah-olah tidak percaya kepada kemampuan pemain Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Perbuatan tersebut amat memalukan dan memang orang yang melakukanya tidak mempunyai akal yang panjang.

TETAPI sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh penyokong INDONESIA yang menggunakan pemain import memang mereka tidak tahu malu. Mungkin secara teori, tidak mungkin penyokong indonesia yang melakukannya sebab laser pointer tersebut hanya ditujukan kepada pemain Indonesia. Tetapi apabila melihat kepada situasi yang mana pengadil menangguhkan permainan letupan mercun pula dilepaskan ditengah-tengah padang cerita benar mula sangsi. Ianya dibuat seolah-olah menguatkan lagi api kemarahan dan ketegangan. MACAM nak memperkukuhkan lagi bukti...cerita benar mula fikir dua tiga kali...

Ubah la sikap.. untuk menang jangan kita menggunakan cara yang bodoh...ada kaedah yang lebih terhormat boleh dilakukan.

Tahniah kepada skuad kebangsaan Malaysia Piala Suzuki 2010.. Gunakan kemahiran dan semangat juang yang tinggi untuk perlawanan kedua kelak. Mereka menyokong mereka mungkin ramai, rakyat mereka juga ramai mencecah billion tetapi tetap juga menggunakan pemain import dan ini menunjukkan kita lebih kuat semangat juang.

Akhir sekali tahniah sekali lagi buat SharulIdlan yang menyumbangkan kemahiran dan semangat juang yang tinggi... Kemenangan ini secara peribadi bagi cerita benar adalah sumbangan dari anda...

Friday, December 24, 2010

Cerita berkenaan Sikap......

Cerita benar kali ini nak menulis tentang SIKAP....
1. SIKAP ... sikap kita mencerminkan apa yang kita buat.
2. SIKAP... sikap jugak menentukan kajayaan atau kegagalan yang bakal kita tempuhi.
3. SIKAP ... sikap kita juga akan menentukan siapa kawan dan siapa lawan kita.
4. SIKAP ... sikap kita akan memastikan pasangan kita bahagia atau derita dengan kita
5. SIKAP ... sikap kita dijalan raya akan menentukan keselamatan kita dan keselamatan orang lain terjamin.

hahaha berapa banyak sikap daaa...apa ada dengan SIKAP?... nasihat untuk diri sendiri untuk akhir tahun 2010 dan akan menempuhi 2011... JOM la kita berubah SIKAP...dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Dari yang bersikap negatif kepada sikap yang lebih positif... Amin...


Thursday, December 2, 2010

Cerita Benar - Daftar Nuffnang

Cerita benar kali berkisar kepada bagaimana aku mendaftar utk nuffnang.

Hari nie aku cuti.. sakit kaki aku masih terasa. Nak drive pergi kerja satu hal, nak kerja panjat tingkat 3 dan 4 satu hal. Jadi pikiaq punya pikiaq baik rehat kat rumah jadi boleh la kaki aku nie baik sket.

Masalahnya duduk rumah pulak boring..tak tau nak buat apa.. Browse internet...baca apa yang patut. Entah macam mana terlintas pasal nuffnang.


Nuffnang nie aku dapat tahu melalui pembacaan aku dalam blog-blog tempatan. Ramai blogger tempatan meletakkan nuffnang dalam blog mereka. Boleh buat duit ka dengan nie aku tak pasti... sebab aku nie jenis yang jarang update blog. Contohnya blog cerita benar nie nak dapat update sebulan sekali pon payah. Macam mana nak buat duit...hehehe.

Kalau jarang update sapa nak baca. Bila takde sapa nak baca mana ada traffic. Takde traffic mana nak dapat duit.. isk isks...

Kelemahan aku yang kedua adalah aku tak pandai nak menulis. Ayat lintang pukang, aku sendiri pun susah nak baca. Jadi jangan harap la orang lain nak minat dengan penulisan aku. Kalau blog aku yang lain aku pakai free article jer hehehe...( cerita benar di sebalik income adsense )

Bila baca blog orang lain best jer rasa. Bila baca rasa macam nak baca lagi dan lagi dan lagi. Tapi bila tulis sendiri bukan kata nak baca. Nak mula pon susah.. Apa sebenarnya rahsia diorang aaa. Jawapan logik yang selalu cikgu cakap adalah practice...dan pratice dan practice.. nak mula practice tue yang tak reti tue..

Satu lagi apa isu yang orang suka baca dalam blog?....eeee baru nak start practice anak dah nanggis...nanti sambung lagi

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP