Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Thursday, February 10, 2011

TIPS Bagaimana Menulis Blog Yang Unik dan Hebat.


Selamat malam...hari ini cerita benar ingin berkongsi idea dan pandangan bagaimana untuk mendapatkan idea bagi menulis blog yang unik...

Salah satu masalah yang paling besar didalam berblogging adalah bagaimana untuk membuat artikel yang menarik dan unik untuk disiarkan. Apa yang kita hendak tulis mungkin telah ditulis oleh beribu-ribu lemon blogger yang lain. Jadi bagaimana untuk membuat artikel tersebut UNIK. Kalau ikut poyonya memang ramai yang akan kata ARTIKEL BERKUALITI dan KANDUNGAN YANG ORIGINAL merupakan faktor yang paling utama bagi memastikan kejayaan sesebuah blog.

Sudah tentu, aku setuju dan anak aku yang berumur 2 tahun tue pun kalau ditanya akan bercakap logik yang macam itu. Tapi bagaimana...? Disini aku ingin berkongsi cerita dari blog-blog yang berjaya yang menulis tentang bagaimana untuk menulis kandungan blog yang baik.

Disini aku kongsi 5 cara atau idea untuk membuat kandungan yang baik bagi menonjolkan blog kita..heheh blog aku menonjol ka?...tidak jugak sekadar berkongsi ilmu...

1. Sudut Pandang Yang berbeza.
Salah satu kaedah untuk jana idea adalah kita mesti membaca dan melayari laman blog orang lain. Tengok apa topik yang paling hangat ditulis. Tapi jangan TIRU..cuba anda tengok dari sudut dan perspektif yang berbeza. Maksudnya yang berlawanan dengan apa yang ditulis oleh ramai blogger lain. Misalnya ramai yang menulis tentang kenaikan harga minyak membebankan pengguna..Kita tulis pula "untung la pengusaha roti canai sebab minyak naik 10 sen harga roti canai naik 10 sen sebiji...

2. Cerita Benar
Buat artikel atau penulisan tentang pengalaman peribadi. Setiap hari dalam kehidupan kita banyak benda yang berlaku. Kita olah cerita-cerita tersebut menjadi tulisan yang orang lain boleh rasa apa yang kita rasa. Contoh... politik dalam perjabat, pergi kerja pakai kasut baru... untuk lebih mudah...apa yang selalu kita umpat-mengumpat tue kita terjemahkan dalam bentuk penulisan blog...nescaya ramai yang akan mengikuti blog kita... tetapi kena berhati-hati jangan sampai kena saman atau dibuang kerja kerana memalukan syarikat atau individu tertentu sudahlah...pandai-pandai cover.

3. Pecah-pecahkan kepala
Hari jumaat lepas aku ada menulis tentang cara nak mendapatkan 1000 trafik . Semua tips itu aku ambil dari blogger-blogger yang dah power dan aku olah supaya aku dan blogger baru dapat membuka sedikit minda dan idea untuk menulis... hasilnya dari pecah-pecahkan kepala otak aku dengan artikel tersebut ramai juga yang berkunjung ke-blog ... jadi sambil aku belajar sambil itu juga aku mampu mendapat traffik keblog.

4. Tulis Apa yang terlintas
Kadang-kadang ada situasi dimana kita ada terlampau banyak idea yang nak ditulis..Dah jadi masalah sampai akhirnya satu benda pun kita tak tulis dan update blog... Cerita ini rasanya ramai yang mengalaminya.. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut...kita tulis dan senaraikan dulu idea apa yang terbit dari kepala otak kita dan selepasi itu buat TOC ( table of content)...bila dah ada TOC kita putuskan sama ada nak publish semua artikel tersebut dalam satu tajuk ataupun idea tersebut diasing-asingkan dan dipost dalam post yang berlainan tajuk...

5. Minda Terbuka.
Jangan sekali-kali menganggap idea yang terbit didalam kepala kita adalah idea yang bodoh..Kadang-kadang idea yang bodoh tersebut kalau digarap dengan baik, ianya menjadi idea yang paling best...Selalu situasi tersebut berlaku...dalam dunia periklanan idea-idea bodoh inilah yang selalu dipolish supaya menjadi idea yang menarik..Jadi minda kita mesti terbuka untuk melayan idea-idea yang bodoh ini untuk kemudiannya kita gunakan sebagai bahan penulisan blog kita.. contoh idea 'aku nak cerita pasal kasut"..idea tersebut mungkin bodoh...tapi kalau kita gilap..dari idea kasut kita... kita kembangkan kepada kasut yang hebat macam berapa juta pasang kasut isteri presiden...atau cerita tentang orang kaya yang tidak pernah pakai kasut mereka untuk kali ke-2.....kan dah jadi idea yang besar dan menarik..

Haa...dah dapat sedikit idea untuk menulis?..aku harap tulisan ini membantu sedikit sebanyak mendapatkan idea bagi menulis blog.. Blog cerita benar sekadar berkongsi apa yang asemoga berjumpa lagi..

Friday, February 4, 2011

1000 Trafik Sehari..Tips dan Cara Untuk Mendapatkanya


Selalu kita komplen blog kita nak dapat traffic susah sangat. Kalau sehari cecah 100 pengunjung memang bertuah sangat malah ada 1 hari tak sampai 10 pun pengunjung ke blog kita. Itulah dilema blogger baru. Apa-apa pun, semua benda pada permulaan memang susah...lama kelamaan insyaAllah dapatlah kita mengatasinya yang penting kita berusaha keras untuk mencapainya.

Semua orang mengalami situasi yang sama. Disini Blog cerita benar ingin berkongsi satu strategi mudah yang mungkin akan menaikkan pengunjung kepada blog kita. Mengikut artikel yang aku baca targetnya adalah 1,000 pengujung sehari. Kalau blog yang dah mencapai macam nie pun boleh lagi menggunakan strategi ini untuk menambahkan traffik lagi.

Katanya, mudah..cuma ambil 4 langkah untuk melaksanakanya. Bahagikan dan rancang masa anda 2 jam setengah sehari dan anda boleh menambah masa tersebut dan bahagikan 4 diantara langkah-langkah tersebut.

Langkah Pertama - Artikel yang mengancam, membunuh atau paling best. ( 1 jam Sehari)

Gunakan masa 1 jam sehari untuk membuat brainstorming, penyelidikan dan menulis artikel yang menarik. Ingat gol kita adalah untuk mengeluarkan 1 artikel yang best 1 minggu 1. Jika sekiranya kita rasa susah kita sasarkan 1 artikel untuk setiap 15 hari. Jadi congak kasarnya 1 artikel yang baik adalah mengambil masa 5 hingga 10 jam. Antara cadangan artikel yang menarik adalah:-

1. Tentang Senarai sumber rujukan bidang yang tertentu...mesti banyak baru menarik (contoh tajuk "1000 tips pendapatan online berjaya")
2. Tulis tentang tutorial lengkap bagaimana untuk melakukan sesuatu... contoh kalau orang nak buat header (contoh tajuk "tutorial lengkap cara mudah untuk menghasilkan header")
3. Tulis tentang cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah didalam "niche" yang tertentu...contoh masalah obesiti ( contoh tajuk "Tidak perlu berlapar untuk kurangkan berat badan")
4. Tulis analisa yang mendalam tentang sesuatu topik dimana kebanyakan orang hanya bercakap tanpa bukti kukuh...pengujung mesti cari punya untuk mendapat kepastian.

Bila pengunjung menjumpai artikel kita yang menarik , kita mahukan mereka mempunyai reaksi "Wow! Ini sangat menarik. Lebih baik letak bookmark." Wow ...lagi baik kalau diorang cakap "Baik aku kongsi benda ini dalam twitter atau facebook...haaa sapa yang untung...

Langkah Kedua - Networking (Gunakan 30 minit sehari)

Networking sangat penting, terutamanya bila kita baru memulakan blog(...kira newbie la.) dan setiap hari anda bekerja, anda pecahkan kepada perkara berikut:-

1. Komen dalam boleh lain yang sama dengan niche anda
2. Memasang link kepada post dalam blog saya sama niche
3. Berinteraksi dengan blogger lain samaada melalui IM, Twiter atau gunakan ruangan Forum dalam GENG BLOGGER..

Tapi yang paling penting, hendaklah sentiasa ingat bahawa tujuan utama kita adalah untuk mengadakan hubungan yang tulin, Jangan mendekati orang lain dengan tujuan bahawa mereka akan menolong mempromote blog kita. Dekati mereka kerana kita menyanjungi kerja mereka dan kita rasa bahawa kita akan berkembang bersama-sama dengan mereka.

Langkah Ketiga
- Promosi (30 minit sehari)

Aktiviti pertama adalah promote bersungguh-sungguh artikel yang kita rasakan paling baik kita buat. Apabila kita publish artikel kita cuba memberitahu orang lain kita dah post artikel yang baik dengan cara:-

1. Biar orang yang ada network dengan kita tahu...
2. Biar blogger dan webmaster dlm niche yang berkaitan tahu.
3. Biar hantar artikel kepada sosial bookmarking...macam aku pakai stumbleupon, digg, technorati dan banyak lagi...
4. Biar kawan-kawan kita masuk dan twit artikel kita
5. Postkan dalam mana-mana forum yang berkaitan tentang artikel yang kita buat.
Sekiranya ada masa lagi buat SEO search engine optimization artikel dan blog kita...kedua-duanya penting.

Langkah Keempat - Artikel Biasa (30 minit sehari)

Blog bukan sahaja berkaitan dengan artikel yang menarik dan membunuh dan sebagainya tetapi juga tentang artikel yang biasa yang selalu kita buat. Publishkan artikel biasa diantara killer post tersebut. Contohnya anda boleh publish killer artikel pada setiap hari Isnin dan post-post yang biasa pada hari-hari lain. Berikut adalah idea-idea bagi artikel yang biasa:

1. Buat post tentang artikel blog orang lain dan beri pandangan anda tentang perkara tersebut.
2. Buat post makluman kepada pembaca tentang berita dalam niche blog kita.
3. Buat post bagi mendapatkan pandangan pembaca tentang apa-apa isu yang timbul
4. Buat post tentang maklumat dan trick terbaru yang anda temui yang anda rasakan amat berguna kepada pembaca.

Itulah serba sedikit tentang bagaimana untuk menyediakan blog yang boleh mendapatkan trafik yang tinggi yang ingin di kongsikan oleh blog cerita benar hari ini...semoga berjumpa lagi..

Thursday, February 3, 2011

6 Tips Untuk Menjadikan Kita Blogger Berjaya.


Kejayaan - Semua orang mahukan kejayaan. Ianya lah yang membuatkan kita gembira apabila kita tahu kita telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dalam kontek berblogging kita juga mahukan kejayaan. Betul tak? Hari ini blog cerita benar ingin berkongsi 6 langkah yang perlu dibuat untuk mencapai kejayaan.

1. Belasah Aje!
Memiliki idea yang banyak sahaja tidak berguna kalau idea tersebut tidak digunakan. Selalu terjadi pada kita, terlampau banyak idea yang ada dalam kepala otak sampai kita tak tahu nak tulis apa dalam blog kita.Ini merupakan satu kesilapan yang besar kerana meluakan idea tersebut lebih penting dari tahu sahaja banyak idea tapi tidak digunakan. Jadi BELASAH AJE...tarik nafas panjang-panjang dan start menaip...itu merupakan langkah yang bijak.

2. Sentiasa Mendesak Diri
Tidak pernah ada jalan senang untuk mendapat pengiktirafan didalam berblogging. Persaingan sentiasa kuat dan sekiranya kita ingin meninggalkan kesan yang positif kepada pembaca kita perlu memberikan masa dan usaha yang lebih kuat. Sentiasa desak diri buat yang terbaik. Percayalah perbezaan yang ketara antara blogger yang baik dan bloger biasa adalah komitmen yang diberikan oleh mereka..

3. Jangan Bertangguh
Blogging kadang-kadang amat memenatkan. Kita sentiasa ingin memastikan ada post yang menarik untuk esok dan esok lagi dan lagi dan lagi dan lagi. PENAT. jadi tidak salah untuk berehat seketika tetapi jangan sekali-kali kita bertangguh setelah kita setkan masa untuk kita post artikel. Mungkin ada pembaca setia kita akan menunggu pada waktu yang selalu kita update..apa perasaan mereka sekiranya waktu yang ditunggu tiada post dari kita.

4. Suka Menolong
Mendapatkan kawan dan pembaca setia merupakan keutamaan yang paling penting. Macam mana nak buat. Selalu la menolong blogger yang lain..kalau selalu kita tolong orang orang akan tolong kita balik..Mungkin kita boleh kasi komen dalam blog orang lain..kasi tips kalau ada ilmu yang kita tahu dan sebagainya. Kalau dalam GENG BLOGGER tue jangan la kedekut untuk klik kat butang BEST..kasi semangat kat blogger lain.

5. Jangan Cemburu.
Jangan sekali-kali semat perasaan cemburu dengan kejayaan blogger lain. Cuba belajar dari mereka, bagaimana mereka menguasai niche mereka atau teknik yang digunakan bagi mendapatkan pembaca blog. Pada kita buang masa untuk dengki dengan orang lebih baik tenaga itu digunakan untuk mencari dan mendapatkan ilmu dari mereka...Lebih manfaat dari mudarat.

6. Percaya Kepada Diri Sendiri.
Attitud yang betul akan memastikan kejayaan kita. Minda kita kalau kita set kearah positif akan positif lah perbuatan kita. Minda kitalah merupkan pengkritik yang paling hebat... jadi set lah minda yang positif. Kalau kita sendiri tak percaya pada diri sendiri macam mana nak maju kehadapan.

Harapan blog cerita benar post ini dapat dimanfaatkan dan digunakan untuk diri sendiri dan pembaca.

Wednesday, February 2, 2011

Tips Cara Buat Quote of the Day


Selamat petang...Hari ini blog cerita benar akan berkongsi untuk membuat Quote of the day. Dalam konteks blog cerita benar "Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini". MACAM KAT ATAS..

Petua dan tips ini akan bertukar setiap hari. Maknanya pembaca yang datang melawat blog cerita benar akan mendapat petua dan tips yang berlainan setiap hari sekiranya mengunjungi blog ini.(..jadi jemput la datang setiap hari..hehehe)

Penulis blog cerita benar bukanlah programmer, jadi setiap hari berblogwalking la ke merata blog untuk mendapatkan ilmu. Nak jadi cerita, hari ini berjumpa dengan java script nie...dah jumpa try buat kat blog sendiri dulu...lepas tue jadi la pulak..

Dah jadi rasanya apa salah kalau aku kongsi kat sini..kot-kot ada yang berminat dan menggunakannya kearah kebaikkan sama-sama la kita dapat manfaatnya.

Yang syoknya bila aku nak berkongsi script dalam blog nie masalah baru pulak timbul. Bila paste script..Dia terus jadi macam yang kat atas...pembaca tak boleh nampak script ...jadi terpaksa la pulak cari macam mana nak paste script dlm blog post yang pembaca boleh nampak script. Alhamdulillah dapat ilmu baru.

Maaf sebab script dan post nie panjang sket, sebab nak letak 31 tips dan 31 penulis. Kenapa 31? Sebab sebulan ada 30 hari.. jadi kena tambah 1 lagi untuk jadi 0.. kenapa 0? sebab script array tak bleh stat dengan 1 (programmer saja paham) kita ikut jer...

Harapan entri blog cerita benar kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca...Jumpa lagi.ANDA BOLEH COPY DAN PASTE SCRIPT DIBAWAH

<!-- http://cerita-benar.blogspot.com/ -->

<table border="1" cellpadding="20" bordercolor="#ADD8E6">
<tr>
<td bgcolor="#E0FFFF">
<a href= "http://cerita-benar.blogspot.com/"> Quote of the Day</a>
<p></p>

<script language="javascript" type="text/javascript">

var d=new Date();

var quotes=new Array(31);

var authors=new Array(31);

quotes[0]="If a man watches three football games in a row, he should be declared legally dead.";

quotes[1]="Friendship is far more tragic than love. It lasts longer.";

quotes[2]="Advice is like castor oil, easy enough to give but dreadful uneasy to take.";

quotes[3]="";

quotes[4]="";

quotes[5]="";

quotes[6]="";

quotes[7]="";

quotes[8]="";

quotes[9]="";

quotes[10]="";

quotes[11]="";

quotes[12]="";

quotes[13]="";

quotes[14]="";

quotes[15]="";

quotes[16]="";

quotes[17]="";

quotes[18]="";

quotes[19]="";

quotes[20]="";

quotes[21]="";

quotes[22]="";

quotes[23]="";

quotes[24]="";

quotes[25]="";

quotes[26]="";

quotes[27]="";

quotes[28]="";

quotes[29]="";

quotes[30]="";

authors[0]="Erma Bombeck";

authors[1]="Oscar Wilde";

authors[2]="Josh Billings";

authors[3]="";

authors[4]="";

authors[5]="";

authors[6]="";

authors[7]="";

authors[8]="";

authors[9]="";

authors[10]="";

authors[11]="";

authors[12]="";

authors[13]="";

authors[14]="";

authors[15]="";

authors[16]="";

authors[17]="";

authors[18]="";

authors[19]="";

authors[20]="";

authors[21]="";

authors[22]="";

authors[23]="";

authors[24]="";

authors[25]="";

authors[26]="";

authors[27]="";

authors[28]="";

authors[29]="";

authors[30]="";

document.write(quotes[d.getDate()-1] + '<p style="text-align: right"><i>' + authors[d.getDate()-1] + '</i></p>');

</script>
<noscript>You need to enable JavaScript to read this.</noscript>
</td>
</tr>
</table>





Terima Kasih kepada site http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/2007/02/javascript-for-quote-of-day.html dan http://formatmysourcecode.blogspot.com/

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP