Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Showing posts with label Piala Suzuki 2010. Show all posts
Showing posts with label Piala Suzuki 2010. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Masih terbayang saat-saat manis...Piala Suzuki 2010

Esok merupakan perlawanan kedua akhir piala suzuki 2010. Jadi aku pon browse youtube untuk menonton kembali detik-detik manis gol-gol skuad harimau. Memang ramai yang menyumbang video perlawanan tersebut didalam youtube. Terima kasih kepada penyumbang...

Sebenarnnya apa yang aku nak kongsikan hasil dari browse youtube tersebut adalah komen-komen penyokong indonesia. Mereka ini kebanyakkannya kurang matang, pemikiran cetek dan kebudak-budakan. Adakah kerana bolasepak ada yang sanggup membunuh?..

"tenang di gbk juga sudah di siapin kantong mayat buat suporter malingsia(malaysia = dasar maling)jangan lupa bawa suporter yang banyak,soalnya kantung mayat sudah gue stok buat kalian.,,,,,"

quote diatas aku amek dari comments youtube. Panas sungguh komen-komen tersebut..

Apa cerita sebenarnya nie. Kalah menang ada permainan. Jika ditakdirkan Malaysia kalah pada perlawanan di INDONESIA esok, aku tetap bersyukur sebab telah menyaksikan permainan yang cemerlang dalam perlawanan pertama dan sekiranya skuad ini mengekalkan permainan yang sama aku percaya Indonesia akan mengalami kesukaran.

jom kita saksikan aksi menarik perlawanan tersebut.



tahniah kepada penjaring gol...tahniah kepada arkitek penyumbang...takniah kepada pertahan..dan tahniah kepada KING GOPAL

----- betoi ka kita pakai dukun--- ada ka patut surat kabau indon ckp macam tue ---

Sunday, December 26, 2010

Kemenangan Malaysia keatas Indonesia Bukan Kerana Laser Pointer


Cerita benar disebalik Malaysia menang selesa 3-0 keatas Indonesia dalam perlawan akhir pertama Piala Suzuki 2010 bukannya disebabkan oleh LASER POINTER tetapi lebih kepada SIKAP disiplin yang mematuhi apa yang telah diterapkan oleh KING GOPAL. Kemenangan ini merupakan satu kemenangan yang paling berharga selepas ditewaskan 5-1 sebelum ini di Jakarta. TAHNIAH buat skuad bola sepak negara.

Kemenangan ini juga merupakan satu petunjuk bahawa pemain-pemain muda bolasepak negara mempunyai SIKAP dan disiplin yang tinggi didalam memastikan kejayaan pasukan.

Cerita benar kali iniamat bangga dengan kejayaan tersebut tetapi ada sedikit kekesalan dengan SIKAP penonton yang inginkan kemenangan dengan cara yang tidak sepatutnya. Sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh penyokong Malaysia manusia tersebut memang BODOH. Seolah-olah tidak percaya kepada kemampuan pemain Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Perbuatan tersebut amat memalukan dan memang orang yang melakukanya tidak mempunyai akal yang panjang.

TETAPI sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh penyokong INDONESIA yang menggunakan pemain import memang mereka tidak tahu malu. Mungkin secara teori, tidak mungkin penyokong indonesia yang melakukannya sebab laser pointer tersebut hanya ditujukan kepada pemain Indonesia. Tetapi apabila melihat kepada situasi yang mana pengadil menangguhkan permainan letupan mercun pula dilepaskan ditengah-tengah padang cerita benar mula sangsi. Ianya dibuat seolah-olah menguatkan lagi api kemarahan dan ketegangan. MACAM nak memperkukuhkan lagi bukti...cerita benar mula fikir dua tiga kali...

Ubah la sikap.. untuk menang jangan kita menggunakan cara yang bodoh...ada kaedah yang lebih terhormat boleh dilakukan.

Tahniah kepada skuad kebangsaan Malaysia Piala Suzuki 2010.. Gunakan kemahiran dan semangat juang yang tinggi untuk perlawanan kedua kelak. Mereka menyokong mereka mungkin ramai, rakyat mereka juga ramai mencecah billion tetapi tetap juga menggunakan pemain import dan ini menunjukkan kita lebih kuat semangat juang.

Akhir sekali tahniah sekali lagi buat SharulIdlan yang menyumbangkan kemahiran dan semangat juang yang tinggi... Kemenangan ini secara peribadi bagi cerita benar adalah sumbangan dari anda...

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP