Cerita Benar Untuk Akhir Tahun 2010
Cerita benar kali nie nak "recap" tahun 2010 dengan cerita-cerita yang takleh dilupakan. Cerita-cerita ini boleh dijadikan panduan atau pun boleh digunakan sebagai penghibur dikala tension bila diingatkan.
Yang paling utama adalah cerita tentang kemenangan dan kejuaraan Malayisa di Piala Suzuki 2010 walaupun pada sentuhan pertama orang kata sentuhan kecundang. Mana tidaknya mula-mula dah kena belasah sampai 5-1 dengan Indonesia...tapi yang syok dan bebaloinya orang belasah kita tue la kita belasah balik untuk jadi juara...moralnya bila buat satu-satu benda tue kalau bersungguh walaupun gagal pada mulanya diakhir kita akan berjaya jugak..
Cerita seterus adalah berkaitan dengan bola jugak..bagaimana perangai manusia yang tidak sama walaupun dikatakan serumpun..biadap walaupun kita memberi layanan yang baik kepada mereka. Mungkin bukan semua yang berperangai macam tue tetapi aku tetap berpuas hati apabila Malaysia jadi juara. Mereka menceroboh laman-laman web tempatan dan mengantikan dengan gambau-gambau yang tak senonoh...
Yang paling best adalah mereka nie tidak pernah percaya pada kemampuan diri sendiri...mereka percaya kepada binatang (en gudel) sotong kurita yang duduk dalam zoo... mereka tidak percaya pada bakat pemain tempatan walaupun negara mereka mempunyai rakyat antara yang paling ramai didunia...Moralnya walau apapun yang kita lakukan kita kena percaya kepada kemampuan diri sendiri dan jangan suka mendabik dada.
Cerita benar untuk ingatan 2010 jugak adalah berkaitan dengan blog Nuffnang banyak tips yang aku dapat dari kawan-kawan blogger yang aku lawati walaupun mereka tidak mengenali aku. Blog Cikgu Dahlia misalnya banyak tips dan ilmu yang aku dapati. Rasanya kalau semua tips yang diberikan aku berjaya ikut. Aku percaya ianya akan merubah blog aku yang tidak seberapa nie. Mungkinkah blog aku bleh mencapai 4000uv dalam satu hari seperti blog cikgu Dahlia?...kita sama-sama doakan.
Mungkin aku boleh share sebahagian tips-tips tue kat sini sebagai panduan untuk berbloger bagi tahun hadapan:-
Tips yang pertama dia cakap kita kena ZIARAH MENZIARAHI...macam kita(aku) bukanya celebriti takde sapa nak datang melawat tempat kita kalau kita sendiri tak pernah lawat tempat orang.
Tips Kedua adalah beri penghargaan kepada blogger lain...rajin memberi komen-komen yang membina. Lagi banyak komen lagi baik..bukan sahaja blogger tersebut lebih bersemangat kita juga mendapat faedah apabila blogger terbabit melawat ke blog kita. Cikgu dahlia siap letakkan bukti pengunjung beliau..aku?...emmmm (kena rajin lagi)
Cerita aku untuk azam tahun baru adalah untuk memastikan aku dapat lebih ramai kawan bagi blog aku....bersambung...
0 comments:
Post a Comment