Risiko Internet...hutang RM100,00
Bagi sesiapa yang membaca surat khabar berita harian hari ini tentu akan membaca tentang cerita seorang budak yang sedang menunggu SPM menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along.
Ceritanya remaja berkenaan bermain lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet kerana terpengaruh dengan rakan yang pernah meraih kemenangan menerusi permainan tersebut. Yang syoknya ibu pelajar terbabit menyangka anaknya itu sibuk mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan tetapi sebenarnya dia menghabiskan masa seharian dihadapan komputer untuk bermain judi... dan duit modal judi tersebut dipinjam dari along....isk isk apa nak jadi dengan budak nie..
Budak nie last-last mak dia halau dari rumah...tapi along tetap cari...kalau dah terperangkap macam nie memang susah la nak lepas...
Tapi yang herannya bukan sahaja budak yang terperangkap dengan judi internet ini . Seorang kontrator bergelar Datuk turut juga terperangkap....bukan sikit-sikit duit cecah RM700,000...pergh banyak tue.
Jadi aku harap ramai la yang amek iktibar dari cerita nie..kalau nak kaya jangan la melalui skim yang terlalu berisiko seperti judi ini. Mana mungkin ada perniagaan yang hanya membuatkan orang lain untung.. melainkkan dia sendiri yang untung... sendiri mau ingat la...sebab tue islam melarang kita supaya jangan berjudi....
Ok la untuk malam nie....1 hari lagi aku berjaya membuat post untuk blog cerita benar ini.. belajar untuk melawan kemalasan...malas la punya segala masalah tapi aku tak berjudi...hehehe
0 comments:
Post a Comment