Boikot AF9....Ahmad Dhani Pengetua..
Hari ini cerita benar ingin meluahkan rasa tidak puas hati..Mungkin perkara ini aku seorang sahaja yang akan berfikir sebegitu..Mungkin ramai yang menyokong atau mungkin ramai yang merasa macam apa yang aku rasa. Apa cerita? intro macam nie untuk entri kali nie...
Sebenarnya balik kerja tadi aku selak-selak suratkhabar Berita Harian ruangan nasional. "Ahmad Dhani Pengetua AF9" dengan tajuk kecik "Lakar Sejarah Guna Khidmat Vokalis Indonesia"...pergh...tak tau kenapa aku rasa lain macam...Macam-macam persoalan yang keluar dalam kepala hotak aku. Dah tiadakah celebriti yang berwibawa kat Malaysia nie?...Kenapa kita selalu merasakan orang lain lebih hebat?
Aku bukannya peminat atau berminat sangat dengan AF nie..malah aku pon tak membenci si Dhani pengasas kumpulan DEWA nie..cuma aku rasa kita patut ada lebih semangat nasionalisme..Cuba bayangkan kalau AF yang ramai peminat ini asal-usulnya dari SEBERANG...orang seberang tue rasa-rasanya akan amek celebriti kita untuk mengetuai program yang macam nie....jangan mimpi la...album artis kita pon susah nak masuk ini nak mengepalai.
Tajuk kecik nie pun aku rasa janggal.."Lakar Sejarah Guna Khidmat Vokalis Indonesia"..bagi aku bukannya sejarah...dah biasa dah artis seberang mudah masuk Malaysia...kalau artis kita kat sana baru la boleh buat sejarah dan jadi tajuk macam tue... wartawan yang menulis pon tak peka...kita tengok media sana...apa-apa pon dia akan ambil kira kepentingan mereka dahulu..benda yang tidak betul pun kalau dipihak mereka...mereka akan jadikan betul..kita tengok cerita sebenar semasa Piala Suzuki 2010 sudah..tak payah tengok pon dalam kes politik atau kes isu pembantu rumah.
Akhir sekali kita fikirlah sendiri apa cerita sebenarnya disebalik pilihan pengetua AF9 ini..kerana kredibiliti atau popularitinya?..bandingkan dengan artis tempatan yang evergreen...aku rasa pon sesuai...kita kekadang mudah lupa...
0 comments:
Post a Comment