Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Monday, January 3, 2011

Cerita Pasal Harimau Malaya...

Maaf sekali lagi sebab entri cerita benar nie sekali lagi bercerita tentang bola..isk-isks. Aku memang berniat nak buat entri pasal benda lain misalnya pasal tips blog yang aku baca..tentang ping o matic, tentang backlink tapi semua tue tak dapat aku teruskan sebab cinta aku pada bola sangat mendalam hehehe...tak boleh ada isu sket pasal bola aku nak respon...Kalau ikutkan badminton pon ada isu...apa cerita Datuk Misbun bleh letak jawatan?...kenapa pemain bintang nak keluar dari BAM...pergh banyak sungguh isu..

Berbalik pasal bola..Kenapa Isu Harimau Malaya nie timbul?..Sebab apa dulu isu nie tak timbul?...Apa sebenaqnya harimau Malaya?

Pada pandangan peribadi aku yang suka cerita benar nie..isu ini cumalah isu politik..tak lebih dari itu..Kalau kita pikiaq logik..perkataan atau panggilan harimau Malaya pada skuad bolasepak Malaysia nie tak pernah pon kerajaan istihar secara rasmi...seingat aku la...jadi rasanya kalau ada yang kata skuad nie mewakili Malaya memang tak pandai sket la...

Binatang harimau tue dijadikan ikon untuk naikkan semangat bukannya mewakili Malaya dan spesis binatang tue namanya Harimau Malaya...untuk pengetahuan orang yang mempertikaikan isu ini...spesis harimau nie ditemui pada tahun 2004..kira baru lagi la..kenapa masa orang jumpa spesis harimau nie diorang tak bantah..hehehe namakan la Harimau Malaysia....nak letak harimau satu Malaysia masa tue belum ada konsep tue lagi...habitat harimau tersebut cuma ada di 4 negeri utama iaitu Pahang, Perak, Terengganu and Kelantan... kalau nak marah pasai pilih nama harimau Malaya nanti orang selain negeri diatas pon boleh marah sebab harimau tu tak ada kat negeri mereka. kenapa orang lain tak marah...apa cerita?

ini aku quote kata-kata pelik tersebut "“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak dan diberi nama Harimau Borneo untuk bertanding dalam kejohanan itu,” katanya."


macam kelakau la pulak...sejak bila sabah dan serawak dipinggirkan..isu ini tidak timbul langsung...masalahnya ada ka spesis HARIMAU BORNEO...harimau sumatra ada la...tue la kalau bercakap takde input...cuba google sket..

Bagi aku kita gunakkan la nama yang boleh menaikkan semangat, timbul rasa berani, gah dan sebagainya...tak payah nak pertikai la...kalau nak menyumbang kearah kemajuan bola jom la kita sama-sama sokong..kalau sekadar milage utk publisiti politik tak payah la...Masa Malaysia dok kalah dulu takde sape minta tukaq nama..patut masa nie la..macam budak selalu nanggis mak bapak akan kasi nama baru...

Apa-apa pun kita kena paham pasukan tue MEWAKILI MALAYSIA bukan mewakili Malaya..malas dah aku cerita panjang dengan orang yang suka mempolitikan isu untuk kepentingan peribadi..dan aku percaya rakyat Malaysia kat Sabah dan Sarawak yang lain tak pikir pon benda nie..diorang politik jer yang buat macam tue...

Lagi pun bila aku blogwalking ramai lagi yang tulish benda yang sama..apa yang nak aku sampaikan diorng dah sampaikan contohnya blog fifi syafiqah dengan entri bertajuk Kesian Harimau kena tukar kad pengenalan lagi blog nasihsaifullah dengan entri bertajuk Harimau Malaya atau harimau Malaysia

Akhir sekali...bercerita benar lah kita...niat mau tulus hati mau ikhlas

0 comments:

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP