Menonton Boleh Kena Saman..
Tajuk entri blog cerita benar kali ini adalah mengenai menonton boleh kena saman...Apa yang di tonton tue sampai kena saman...A)filem lucah? B)Ayam laga?...atau C)menonton lumba motor haram?...
Jawapannya tidak untuk semua diatas...abih apa jawapannya...
Jawapannya adalah menonton kemalangan... Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).
"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.
"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.
"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini..Aku agak konpius dengan undang-undang nie...
Kalau semua orang tak berhenti sapa nak tolong orang yang kemalangan tersebut. Orang yang mula-mula nampak nie kadang-kadang dia tak nak berhenti sebab tidak mau jadi saksi...abih sapa nak tolong kalau semua takut kena saman kalau berhenti..
Nie berdasarkan pengalaman aku kemalangan...talipon polis sampai sudah tak datang...last-last pergi buat report sendiri dekat balai...akibatnya aku terlepas tiker kapal terbang ke sabah..
Nasib baik masa kejadian tue ramai yang berhenti tolong...budak mat rempit yang cilok kereta aku sorang bergolek tepi jalan dan sorang lagi tersepit bawah kereta yang datang dari depan... yang seramnya mula-mula ingat sorang jer yang bawak motor tue...tapi tak lama kemudian ada sebuah kereta dari depan nampak bayang ada orang bawah kereta yang bertentangan dengan kereta aku tue...pergh... baru la ramai-ramai tolong angkatkan kereta tersebut untuk keluarkan budak tersebut...bayangkan kalau perempuan yang bawak kereta arah bertentangan dengan aku tue tak gelabah...dia reverse pergi parking kat tepi...aku rasa kepala mamat tue dah hancus kena gilis...
Panjang la ceritanya...dari subuh pukul 6.30pagi sampai la pukul 12 tengahari lebih tak selesai lagi dibalai polis....Malas aku nak ingat lagi...sebab bapak mamat tue sampai sudah tak bayar dekat aku. Lampu belakang kereta aku pecah dan bonet kemek..tersompek cat...
0 comments:
Post a Comment