Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Monday, April 25, 2011

10 Idea Kreatif Apabila Bosan



Salam Sejahtera,pernah anda berasa bosan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat?. Tidak mengapa, hari ini blog cerita benar akan berkongsi idea-idea kreatif apabila anda berasa bosan. Teknik yang dikongsikan ini juga boleh digunakan untuk menjana idea kreatif yang lain. Ada 10 perkara yang boleh dibuat untuk melahirkan idea-idea tersebut:-

1. Ubah size
Sekiranya anda bosan dipejabat atau didalam kelas. Bayangkan bos atau guru anda dalam bentuk atau size yang luar biasa. Cuba bayangkan lubang hidung atau kaki beliau lebih besar atau lebih kecil dari yang sepatutnya. Tentu menarik dan buat anda tersenyum.

2. Fikirkan yang berlawanan.
Cuba fikirkan bukan guru yang mengajar tapi anda yang mengajar guru tersebut atau anda menjadi bos kepada bos anda. Cuba bayangkan apa yang anda buat kepada mereka. Atau anda cuba fikir apa akan jadi kalau semua perkara pergerakannya berlawanan. Mesti banyak benda yang menarik akan berlaku.

3. Tengok dari Pespektif yang paling Xtreme atau melampau
Cuba bayangkan semua perkara yang berlaku adalah extreme belaka. Contoh tiap-tiap bulan dapat bonus 12 bulan...pergh memang syok. Setiap hari datang kerja bos bancuhkan kopi, tolong tarik kerusi, buat kertas kerja yang disuruh dan macam-macam lagi..

4. Mengerakkan benda dengan Menggunakan minda.
Cuba bayangkan apa yang anda boleh buat dengan hanya menggunakan minda. Tidak perlu bersusah payah gunakan tulang 4 kerat kita. Fikir saje semua jadi...mesti best

5. Lawan Apa yang Kita Tahu
Maksud lawan apa yang kita tahu adalah kita semua akan buat atau fikir kepada perkara yang sudah menjadi tabii. Bayangkan apa akan berlaku kalau rumah langsung takde tingkap. Bayangkan apa yang berlaku kalau ikan boleh terbang manakala burung pula berenang. Bayangkan apa yang berlaku semua orang tidak tidur pada waktu malam dan asyik buat kerja..

6. Cuba Gabungkan.

Cuba anda fikir semua benda bergabung. Cuba fikir apa akan jadi kalau kereta digabungkan dengan lori. Ayam bergabung dengan Kuda...namanya tentu dah jadi pelik apatah lagi rupa fizikal benda yang digabungkan tersebut.

7. Idea yang paling bodoh

Semua orang rasa idea mereka tidak best, tidak menarik, tidak boleh diterima tetapi kadang kadang idea yang bodoh tersebut akan jadi best apabila cuba digunakan. Contoh idea ketawakan diri sendiri, cuba dalam kelas tue anda boring dan anda ketawakan diri sendiri tentang baju, tentang kasut, tentang pensil. tentu semua orang akan tumpu perhatian kepada anda dan tentu anda tidak boring lagi sebab semua orang akan memberi tumpuan silap-silap kena hantar pergi jumpa pengetua atau guru disiplin hehehe..

8. Tengok kepada kegunaan lain.

hehehe...rasanya ini selalu buat..contohnya komputer sepatutnya digunakan untuk buat kerja-kerja pejabat atau sekolah tapi kita guna tengok YOUTUBE... itu dah biasa..cuba gunakan duit 50 hinggit untuk kesat hingus, pensel buat chopstick, kasut kita jadikan pasu bunga hiasan...teringat bapak sedara aku kat kampung gunakan cup wife dia punya untuk jadikan "mask" semasa menyembur racun. kreatif sungguh orang tua tue.

9. Ubah suai secara rambang.
Cuba bayangkan apa yang berlaku kalau motor kapcai pakai steering BMW dan keta pula pakai handle sejuk motor jipang...sebenarnya idea nie kalau kat kampung budak-budak dah buat. Basikal dipasangnya firing motor RXZ..memang kreatif orang kita.

10. Korek lubang idung guna Ibu Jari..
hahaha...korang semua mesti dah boring baca idea merapu aku yang tak boleh dipakai nie... Jadi kalau korang boring buat la seperti dalam cadangan yang ke-10. Idea ini merupakan idea yang paling ultimate dalam semua idea-idea yang diberikan sebelum ini. Cuba BUAT..Mesti dah hilang boring...

Saturday, April 16, 2011

Harga Kasut Paling Mahal RM691,029.00


Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 (RM691,029) dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie.



Kasut buatan tangan itu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat.



Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu.



Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit.



Blog cerita benar tertanya-tanya siapakah yang akan membeli dan memakai kasut tersebut. Tidak tercapai akal untuk memiliki kasut yang macam tue.



Orang-orang kaya di Malaysia boleh lah pergi london untuk membeli kasut tersebut dan tentu Malaysia akan jadi glamour.. Katakan "Malaysia Boleh"



Tapi...Sebenarnya Kalaulah Beli Kasut Ini. Orang itu TAK BOLEH



1. Pergi Masjid..taktau nak letak mana nanti kena curi..(selipar pon kena curi..)



2. Makan kenduri sebab tak boleh masuk rumah tengoh pelamin..letak depan pintu orang pijak2, habih jatuh diamond dia.



3. Pergi sekolah.nanti bebudak tak belajar asyik dok tengok kasut.

4. Beli rumah Taman ..sebab kalau beli kena beli rumah yang lebih mahal dari kasut.



5. Tak kawin..sebab nanti suami jelous..belum ada kasut lelaki yang mahal dari kasut tersebut..



hahaha sekian untuk cerita benar kali ini...

Income Nufnang Vs Income Adsense..


Salam sejahtera kepada semua.
Hari ini aku dah buang iklan nufnang dari blog cerita benar. Sebenarnya dah lama aku dok pikiaq nak buang. Tapi hari nie selepas baca blog kepunyaan gurucyber aku pon rasa aku patut buat tindakan yang sama macam beliau buat.

Memang betoi kalau nak dibandingkan adsense dengan nufnang memang adsense lebih mudah dapat duit. Boleh la jugak bayar apa yang patut. Tapi dengan nufnang nak bayar bil internet pon tak boleh...apatah lagi nak enjoy.

Dan hari nie jugak aku gantikan iklan-iklan nufnang dengan iklan dari google adsense yang selama ini aku letak dalam bolg niche aku yang lain. Aku ada banyak blog niche tapi cuma dua sahaja yang generate income kepada aku. Satu pasal Slim and Healthy dan satu lagi How To Start Forex Trading.

Sejarah google adsense..aku belajar dari buku yang dibeli dari En.Nawar.. Teknik yang diajar memang bagus. Dia ajar cara nak apply adsense dan guna teknik dia akaun iklan adsense aku approved pada hari yang sama aku apply pada tahun 2008.

Aku rasa itu sahaja untuk hari ini setelah begitu lama aku tak update blog cerita benar ini. Semoga semua orang mendapat apa yang mereka hajati dan usahakan.

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP