Kenapa Benci Ana Rafali...
Tahniah dan untuk Ana Rafali kerana dinobatkan sebagai Juara AJL 2010.. Aku nie bukannya peminat beliau tetapi bagi aku siapa yang menang kita kena ucap tahniah dan patut menghormati keputusan itu walaupun ianya tidak memihak kepada apa yang kita hajati..
Dengar-dengar cerita ramai yang tidak setuju dengan kemenangan tersebut. Kalau kita browse Facebook yang nak tutup 15 nie...kita jumpa banyak sungguh komen-komen yang tidak setuju dengan kemenangan tersebut..
Bagi yang tak tengok AJL pon bila ada kontrovesi macam nie pun nak masuk campur...hehehe buat-buat sibuk...ala macam Malaysia lawan INdon la...penyokong indon mesti tak puas hati punya...
Tapi si Ana Rafali nie yang aku respect sebab dia pakai baju kurung..konon sejak dari dia belajar kat Uitm Lagi..Teruskan macam tue la..
Kenapa kita tak nak terima kemenangan dia...kesian kat dia...dia dah berusaha..apa cerita kalau kita menang sesuatu tapi orang bising pasal kemenangan kita...Akhir sekali aku rasa jom la kita terima kenyataan...supaya kita boleh majukan lagi industri seni negara.
0 comments:
Post a Comment