Cerita Duit Syiling...75ribu, 74ribu atau 70ribu...
Kemalangan di jalan berlaku lagi...dalam post aku pada 13 jan 2011 yang lalu aku ceritakan pasal menonton kemalangan nanti akan disaman... tapi cerita hari ini bukan setakat menonton...boleh kutip duit lagi hasil dari kotak duit syiling yang melambung akibat kereta mangsa di langgar dari belakang.
Aku tak nak bercakap banyak pasal kemalangan dan pesta mengutip duit syiling ini. Cuma akan nak berbincang pasal 2 perkara yang membuatkan aku konpius...
1) Mana hilangnya perasaan malu, perasaan kasihan, sikap tolong menolong dan perikemanusian rakyat Malaysia. Tak malukah mereka gambar keluar dalam suratkhabar muka sedang mengutip duit mangsa kemalangan. Takde perasaan kasihan langsung ka kepada mangsa? atau memang ada perasaan untuk menolong?... tolong kutip duit masuk dalam poket sendiri...hehehe yang syoknya dalam surat khabar tue nampak macam peronda...tapi manusia yang sedang tamak harta orang nie langsung tak ambil endah tentang kewujudan mereka...isks isks
2) Mana satu fakta yang betul...macam mana wartawan surat khabar bekerja...ada akhbar 75 ribu ada akbar melaporkan 74 ribu...malah ada yang cakap 70 ribu duit syiling...diorng nie interview orang lain-lain ka? atau masa akbar yang melapurkan 70 ribu tue datang duit dah kurang kot...hehehe..jadi mcm nie aku pon ingat balik sesetengah pihak bercakap tentang wartawan yang tak melaporkan satu-satu perkara dengan betul...benda fakta macam nie sepatutnya tak boleh selisih terlampau banyak...melainkan wartawan tersebut tak sampai dekat tempat kejadian...
Akhir sekali kepada wartawan bila buat cerita dapatkan fakta yang benar...untuk orang ramai pulak mampukah kita telan makanan yang kita amek dari mangsa yang mengalami kemalangan... tepuk dada tanya selera...jumpa lagi esok...
0 comments:
Post a Comment