Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Sunday, January 30, 2011

iphone, Isteri dan TV


Salam sejahtera, sebagaimana yang dijanjikan aku nak tulis 2 post untuk blog cerita benar hari ini. Idea untuk menulis entri ini adalah hasil dari apa yang aku baca dalam mastika bulan mei 2009 dan aku ubahsuai mengikut peredaran semasa..Cerita asal bertajuk Perbezaan antara isteri dan girlfriend pada pandangan suami..

Ikut cerita nie dia umpamakan isteri macam TV manakala Girlfriend Handphone (iphone)...
1. Isteri Macam TV, girlfriend macam Iphone. Dirumah tengok TV, pergi keluar bawa iphone.

2. Tak ada duit, jual TV. Ada duit, beli handphone (iphone) baru.

3. TV percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, taliannya akan ditamatkan serta merta.

4. TV saiznya besar, berat dan dah buruk, tapi Iphone cute, comel, ramping, banyak butang boleh picit dan dibawa kemana-mana, bila-bila masa saja.

5. Kos penyelenggaraan TV murah saja, lagipun jarang rosak, tapi iphone, mahalnya tak bleh tahan.

6. TV ada remote control, tapi iphone tak ada malah dia boleh jadi remote.

7. Satu jer kelebihan TV, tak ada virus. Tapi kalau handphone..sekali kena virus habih..hehehe (iphone ada virus ka)...

8. Jadi pesan artikel itu...Jangan la pening-peningkan kepala. Pilih dan jagala TV anda....

Haahaha macam-macam perumpamaan orang buat...mesti isteri-isteri yang ada kat luar sana marah kat aku bila baca artikel ini...jadi kalau nak jadi TV yang suami sayang jadilah TV Plasma atau TV LED memang slim dan menarik

Thursday, January 27, 2011

Page Rank Jatuh....Apa sebab?


Selamat Pagi...dari semalam aku tak update blog cerita benar sebab aku frust.. satu blog PR3 aku jatuh kepada PR2..walaupun kalau kita search keyword dia masih lagi berada pada no1 muka depan Search engine google atau yahoo.

Blog nie aku buat pada 2008 masa tue aku baru belajar tentang google adsense. Berkat usaha dan belajar sana sini dapat la ranking blog tue naik dan duduk no1 dalam halaman pertama google dan Yahoo.

Bangga la jugak sebab dari 24juta lebih page dalam Yahoo yang bercerita tentang niche slim and healthy blog aku duduk no 1. tapi sedihnya PR tue dah jatuh dekat ranking encik google.



Engine google pulak kalau kita search keywords slim and healthy atau slim and health memang masih lagi duduk tempat pertama dalam page yang pertama dari lebih 36juta page yang berkaitan. Tapi kenapa page rank dia jatuh? Apa cerita?....hahahaa sendiri mau ingat la.

Yang aku tau sejak aku aktifkan blog cerita benar nie aku jarang update blog-blog niche aku yang lain. Saja nak try nuffnang..blog berbahasa melayu..tue la orang kata kata buat sesuatu benda tue kena buat bersungguh-sungguh...tak bleh tamak..

Jadi apa yang aku belajat dari sini adalah kita kena Update selalu blog kita untuk memastikan Page Rank tidak jatuh...

Untuk Blog Cerita Benar nie pulak insyaAllah aku akan update 2 kali hari ini sebagai ganti hari yang aku tak update...jumpa lagi

Wednesday, January 26, 2011

Boikot AF9....Ahmad Dhani Pengetua..

Hari ini cerita benar ingin meluahkan rasa tidak puas hati..Mungkin perkara ini aku seorang sahaja yang akan berfikir sebegitu..Mungkin ramai yang menyokong atau mungkin ramai yang merasa macam apa yang aku rasa. Apa cerita? intro macam nie untuk entri kali nie...

Sebenarnya balik kerja tadi aku selak-selak suratkhabar Berita Harian ruangan nasional. "Ahmad Dhani Pengetua AF9" dengan tajuk kecik "Lakar Sejarah Guna Khidmat Vokalis Indonesia"...pergh...tak tau kenapa aku rasa lain macam...Macam-macam persoalan yang keluar dalam kepala hotak aku. Dah tiadakah celebriti yang berwibawa kat Malaysia nie?...Kenapa kita selalu merasakan orang lain lebih hebat?


Aku bukannya peminat atau berminat sangat dengan AF nie..malah aku pon tak membenci si Dhani pengasas kumpulan DEWA nie..cuma aku rasa kita patut ada lebih semangat nasionalisme..Cuba bayangkan kalau AF yang ramai peminat ini asal-usulnya dari SEBERANG...orang seberang tue rasa-rasanya akan amek celebriti kita untuk mengetuai program yang macam nie....jangan mimpi la...album artis kita pon susah nak masuk ini nak mengepalai.

Tajuk kecik nie pun aku rasa janggal.."Lakar Sejarah Guna Khidmat Vokalis Indonesia"..bagi aku bukannya sejarah...dah biasa dah artis seberang mudah masuk Malaysia...kalau artis kita kat sana baru la boleh buat sejarah dan jadi tajuk macam tue... wartawan yang menulis pon tak peka...kita tengok media sana...apa-apa pon dia akan ambil kira kepentingan mereka dahulu..benda yang tidak betul pun kalau dipihak mereka...mereka akan jadikan betul..kita tengok cerita sebenar semasa Piala Suzuki 2010 sudah..tak payah tengok pon dalam kes politik atau kes isu pembantu rumah.

Akhir sekali kita fikirlah sendiri apa cerita sebenarnya disebalik pilihan pengetua AF9 ini..kerana kredibiliti atau popularitinya?..bandingkan dengan artis tempatan yang evergreen...aku rasa pon sesuai...kita kekadang mudah lupa...

Monday, January 24, 2011

Mencari Nuffnang...


Selamat malam dan salam sejahtera... Hari nie blog cerita benar ingin berkongsi tentang mencari Nuffnang...

Jom kita lihat negeri mana yang paling popular mencari nuffnang dalam tahun 2010.. Graf dari google trends menunjukkan negeri Pahang merupakan negeri yang paling banyak membuat carian atau pun mengoogle tentang Nuffnang. Wa popular nuffnang dekat negeri Pahang..mungkin influence dari CikguDahlia kot...

Tempat kedua diikuti oleh negeri Johor dan di tempat yang terakhir adalah wilayah persekutuan, Kuala Lumpur..aik kenapa KL tak ramai yang search/cari atau masuk website nuffnang. Andaian yang dibuat oleh cerita benar adalah mustahil nuffang tak popular di KL...mungkin orang kat KL dah pandai dan mengetahui Nuffnang nie...jadi diorang tak payah lagi untuk search tentang nuffnang...mungkin pendapatan blogger pon ribu-riban dah kot..

Tapi kalau graf mengikut bandar pulak tempat teratas adalah adalah Kelang dan diikuti oleh Petaling Jaya, Malaysia..emmmm Kuala Lumpur macam biasalah di tempat terakhir...

Mana pie Melaka?...aku kan selalu search pasai nuffnang nie..takkan tak masuk senarai kot...hahaha baca detail sket rupanya graf tue cakap "Scale is base on the average traffic of nuffnang from Malaysia" wooo camtue... aku yang benggong...apa-apa pun google trends nie kita boleh tengok untuk dapatkan maklumat trafik...jumpa lagi esok ...tq

Saturday, January 22, 2011

iPhone 4 Kenapa Aku Tak Pakai..


Semua orang tau iphone adalah produk keluaran Apple Inc. Produk keluaran En Apple nie memang berkualiti dan memenuhi citarasa semua orang. Aku sendiri kalau dulu memang "kipas susah mati" Apple Macintosh...tue masa belajar dulu la..tapi bila dah bekerja kebanyakan syarikat pakai PC maka aku pon beralih arah...mula pakai platform PC...dah boleh la terima..tapi kalau nak buat kerja yang berat-berat memang aku bergantung lagi dengan en Apple nie...

Berbalik kepada kenapa aku tak pakai iphone...iphone nie bukanlah talipon biasa ianya dalam kategori "smartphone".Maksudnya phone nie adalah kombinasi talipon, multimedia dan internet, portable media player, camera dan macam-macam lagi..abih dah tau banyak fungsi macam tue kenapa aku tak pakai?...jawapannya senang jer sebab sekarang nie macam-macam jenama smartphone ada dalam pasaran, dan harganya jauh lebih murah...jadi aku pilih yang murah la.

Sebab kedua iphone nie ada teknologi "pinching gesture"..maksudnya dengan menggunakan 2 jari kita boleh besar dan kecilkan imej atau objek pada application yang kita nak..best tue...abih kenapa tak nak jugak..hehehe sebab tangan aku kasau bercalar pulak screen iPhone tue..sapa yang rugi....

Sebab terakhir kenapa aku tak pakai iphone terutamanya iphone4 adalah....emmmmm harga dia mahal sangat..tak mampu dah sekarang nie untuk korbankan sebahagian gaji aku untuk benda-benda macam talipon..dulu masa bujang dulu memang pantang ada produk baru mesti beli punya..kalau belum sampai kat Malaysia sanggup turun Singapore untuk beli..

Jadi kesimpulan dari cerita diatas adalah sebenarnya bukan iphone tue tak bagus tapi aku sendiri yang tak mampu...duit takde cakap banyak...hehehehe

Friday, January 21, 2011

Keyword Popular atau Yang Orang Malaysia Suka Search..


Selamat sejahtera.. Blog cerita benar kali ini tidak bercadang untuk bercerita panjang..cuma ingin berkongsi dengan pembaca tentang keyword yang suka rakyat Malaysia search.. Sumbernya adalah dari Google Zeitgeist.

Fastest Rising

    1. proton inspira
    2. ipad
    3. benci bilang cinta
    4. world cup 2010
    5. justin bieber
    6. fb
    7. utusan online terkini
    8. mudah.com.my selangor
    9. didi games
    10. fifa



Most Popular

    1. facebook
    2. malaysia
    3. youtube
    4. yahoo
    5. login facebook
    6. games
    7. google
    8. mail
    9. yahoo mail
    10. you


Fastest Rising People

    1. maher zain
    2. justin bieber
    3. luna maya
    4. din beramboi
    5. lady gaga
    6. hanis zalikha
    7. lee min ho
    8. adam lambert
    9. siti nurhaliza
    10. paul tan

Fastest Rising Cars

    1. ford fiesta
    2. inspira
    3. proton emas
    4. waja baru
    5. hyundai sonata 2010
    6. honda civic 2010
    7. toyota vios 2011
    8. waja lancer
    9. honda freed
    10. honda city 2010

Fastest Rising Mobile Phones

    1. htc desire
    2. htc legend
    3. iphone 4
    4. motorola milestone
    5. n8
    6. nokia 7230
    7. nokia c3
    8. nokia c5
    9. nokia c6
    10. nokia e5

Fastest Rising Sports

    1. australian open 2010
    2. commonwealth games 2010
    3. world cup 2010
    4. liga super 2010
    5. asian games
    6. piala malaysia 2010
    7. thomas cup 2010
    8. vancouver 2010
    9. f1 2010
    10. sukma 2010

Fastest Rising World Cup Players

    1. david villa
    2. lionel messi
    3. ronaldhino
    4. fernando torres
    5. kaka
    6. cristiano ronaldo
    7. van persie
    8. iker casillas
    9. mesut ozil
    10. fabregas

Fastest Rising Movies

    1. dear john
    2. endhiran
    3. inception
    4. resident evil afterlife
    5. percy jackson
    6. iron man 2
    7. transformers 3
    8. unstoppable
    9. true legend
    10. predators

semua keyword popular yang rakyat malaysia search berdasarkan kategori yang telah dibuat oleh encik google Zeitgeist.. sekadar berkongsi...jumpa lagi


Thursday, January 20, 2011

Kenapa Perlu Berhenti Kerja..?


Selamat malam... hari ini blog cerita benar nak bercerita tentang berhenti kerja...Kenapa perlu berhenti kerja?...dah kaya sangat ka buat busines online atau dah banyak dapat duit iklan dari Nuffnang?.. bukan semua jawapan diatas....

Apa yang aku nak buat bukanlah nak berhenti dari bekerja tetapi lebih kepada nak berkerja dekat tempat baru...Syarikat baru dah buat tawaran... cuma aku hantar proposal untuk gaji yang aku nak...tak tau lagi dapat ka tidak?...dah lama dah kerja dekat tempat sekarang...mengikut satu motivasi kerja yang aku baca...dia suruh semasa muda kita kena rajin pindah kerja...

Kenapa macam tue? Selalu yang kita dengar kita kena stay dekat satu satu tempat biar lama..baru senang naik pangkat...nie motivasi tue cakap sebaliknya..apa rasionalnya?

Rasional cadangan supaya berubah tempat kerja semasa muda adalah..apabila kita berpindah tempat ke tempat baru biasanya tawaran gaji akan lebih tinggi.. jadi dengan semangat dan tenaga muda yang kita ada serta idea idea baru akan membuatkan value kita lebih tinggi..

Sekiranya kita kekal berkerja ditempat lama peluang kenaikan gaji biasanya tidak akan setinggi tawaran dari tempat kerja yang baru..itu yang cuba nak disampaikan..

Dan dalam motivasi itu juga mencadangkan supaya kerja lompat kerja nie berhenti apabila umur kita sudah meningkat dan pada waktu itu pendapatan kita sudah stabil..

Aku rasa itu sahaja yang nak dikongsikan pada malam ini...berjumpa lagi esok

Wednesday, January 19, 2011

Cerita Duit Syiling...75ribu, 74ribu atau 70ribu...


Kemalangan di jalan berlaku lagi...dalam post aku pada 13 jan 2011 yang lalu aku ceritakan pasal menonton kemalangan nanti akan disaman... tapi cerita hari ini bukan setakat menonton...boleh kutip duit lagi hasil dari kotak duit syiling yang melambung akibat kereta mangsa di langgar dari belakang.

Aku tak nak bercakap banyak pasal kemalangan dan pesta mengutip duit syiling ini. Cuma akan nak berbincang pasal 2 perkara yang membuatkan aku konpius...

1) Mana hilangnya perasaan malu, perasaan kasihan, sikap tolong menolong dan perikemanusian rakyat Malaysia. Tak malukah mereka gambar keluar dalam suratkhabar muka sedang mengutip duit mangsa kemalangan. Takde perasaan kasihan langsung ka kepada mangsa? atau memang ada perasaan untuk menolong?... tolong kutip duit masuk dalam poket sendiri...hehehe yang syoknya dalam surat khabar tue nampak macam peronda...tapi manusia yang sedang tamak harta orang nie langsung tak ambil endah tentang kewujudan mereka...isks isks

2) Mana satu fakta yang betul...macam mana wartawan surat khabar bekerja...ada akhbar 75 ribu ada akbar melaporkan 74 ribu...malah ada yang cakap 70 ribu duit syiling...diorng nie interview orang lain-lain ka? atau masa akbar yang melapurkan 70 ribu tue datang duit dah kurang kot...hehehe..jadi mcm nie aku pon ingat balik sesetengah pihak bercakap tentang wartawan yang tak melaporkan satu-satu perkara dengan betul...benda fakta macam nie sepatutnya tak boleh selisih terlampau banyak...melainkan wartawan tersebut tak sampai dekat tempat kejadian...

Akhir sekali kepada wartawan bila buat cerita dapatkan fakta yang benar...untuk orang ramai pulak mampukah kita telan makanan yang kita amek dari mangsa yang mengalami kemalangan... tepuk dada tanya selera...jumpa lagi esok...

Tuesday, January 18, 2011

Cerita Orang Tua Yang Gigih....


Kalau ada pendapat mengatakan umur bukan penghalang kepada kejayaan, pendapat itu adalah pendapat yang betul...siapa setuju?...siapa yang membantah?...tak kira setuju atau membantah jom kita buktikan...faktor penghalang sebenarnya adalah diri sendiri...bermotivasi atau tidak...itu aje.

Cerita yang aku buat untuk entri hari ini adalah sebagai panduan kepada diri aku sendiri dan orang yang baca blog cerita benar ini. Cerita tentang manusia yang inginkan kejayaan dalam bidang pendidikan walaupun umur dah cukup tua. Beliau dicatatkan sebagai manusia yang tertua didunia bergraduat dari mana-mana universiti. Allen Stewart berumur 91 tahun semasa bergraduat dari Universiti New England dalam Ijazah dalam bidang Perundangan.

Bukti kepada semangat beliau untuk belajar ditunjukan lagi apabila beliau mendaftar untuk mengikuti Program Master Sains Klinikal di Universiti Southern Cross ketika berumur 95 tahun.

Apa rahsia Allen Stewart..ini cerita beliau.

Stewart says he lives by the maxim

"as long as you keep pedalling the bike, you won't fall off"


Beliau percaya dan berpegang kepada 4 prinsip:-

  • Kecergasan Tubuh badan
  • Kecergasan Minda
  • Kecergasan Semangat
  • dan fungsi kecergasan dalam Kehidupan
Hahahaa....rasanya selepas baca nie kita boleh buang apa juga alasan untuk tidak berjaya....berjumpa esok untuk entri cerita benar...

Monday, January 17, 2011

Kalau Jatuh Macam Mana Kita Nak Bangun?


Selamat Malam...dah tiga hari aku tak update post dalam blog Cerita Benar nie..Bukan aku malas atau aku jenis yang tak tunaikan janji...tapi aku terpaksa masuk hutan selama 3 hari untuk kem motivasi.

Cerita motivasi adalah cerita kegagalan dan bagaimana kita nak bangkit dari kegagalan tersebut...cerita tentang usaha...cerita tentang bagaimana kita mengunakan keupayaan yang ada untuk mencapai kejayaan...kejayaan dalam kehidupan, kejayaan dalam perniagaan atau kejayaan dalam menuntut ilmu..

Dalam motivasi ini ada cerita tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai cukup sifat tetapi dia berjaya bangkit dari kekurangan tersebut. Pernah dengar nama Nick Vujicic...? Aku sungguh kagum dengan apa yang dilalui oleh beliau....baginya tiada apa yang mustahil untuk dilaksanakan...kalau dia yang cacat anggota sebegitu boleh membuat semua perkara yang tidak logik....kita yang sempurna sifat sepatutnya tidak ada alasan untuk tidak berjaya....



Ada banyak lagi video tentang Nick Vujicic nie...di dalam youtube... mungkin boleh dijadikan panduan untuk motivasi diri sendiri atau kawan-kawan, keluarga dan sebagainya..

end of the post....esok kita jumpa lagi

Thursday, January 13, 2011

Menonton Boleh Kena Saman..


Tajuk entri blog cerita benar kali ini adalah mengenai menonton boleh kena saman...Apa yang di tonton tue sampai kena saman...A)filem lucah? B)Ayam laga?...atau C)menonton lumba motor haram?...

Jawapannya tidak untuk semua diatas...abih apa jawapannya...

Jawapannya adalah menonton kemalangan... Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini..

Aku agak konpius dengan undang-undang nie...

Kalau semua orang tak berhenti sapa nak tolong orang yang kemalangan tersebut. Orang yang mula-mula nampak nie kadang-kadang dia tak nak berhenti sebab tidak mau jadi saksi...abih sapa nak tolong kalau semua takut kena saman kalau berhenti..

Nie berdasarkan pengalaman aku kemalangan...talipon polis sampai sudah tak datang...last-last pergi buat report sendiri dekat balai...akibatnya aku terlepas tiker kapal terbang ke sabah..

Nasib baik masa kejadian tue ramai yang berhenti tolong...budak mat rempit yang cilok kereta aku sorang bergolek tepi jalan dan sorang lagi tersepit bawah kereta yang datang dari depan... yang seramnya mula-mula ingat sorang jer yang bawak motor tue...tapi tak lama kemudian ada sebuah kereta dari depan nampak bayang ada orang bawah kereta yang bertentangan dengan kereta aku tue...pergh... baru la ramai-ramai tolong angkatkan kereta tersebut untuk keluarkan budak tersebut...bayangkan kalau perempuan yang bawak kereta arah bertentangan dengan aku tue tak gelabah...dia reverse pergi parking kat tepi...aku rasa kepala mamat tue dah hancus kena gilis...

Panjang la ceritanya...dari subuh pukul 6.30pagi sampai la pukul 12 tengahari lebih tak selesai lagi dibalai polis....Malas aku nak ingat lagi...sebab bapak mamat tue sampai sudah tak bayar dekat aku. Lampu belakang kereta aku pecah dan bonet kemek..tersompek cat...


Wednesday, January 12, 2011

Risiko Internet...hutang RM100,00


Bagi sesiapa yang membaca surat khabar berita harian hari ini tentu akan membaca tentang cerita seorang budak yang sedang menunggu SPM menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along.

Ceritanya remaja berkenaan bermain lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet kerana terpengaruh dengan rakan yang pernah meraih kemenangan menerusi permainan tersebut. Yang syoknya ibu pelajar terbabit menyangka anaknya itu sibuk mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan tetapi sebenarnya dia menghabiskan masa seharian dihadapan komputer untuk bermain judi... dan duit modal judi tersebut dipinjam dari along....isk isk apa nak jadi dengan budak nie..

Budak nie last-last mak dia halau dari rumah...tapi along tetap cari...kalau dah terperangkap macam nie memang susah la nak lepas...

Tapi yang herannya bukan sahaja budak yang terperangkap dengan judi internet ini . Seorang kontrator bergelar Datuk turut juga terperangkap....bukan sikit-sikit duit cecah RM700,000...pergh banyak tue.

Jadi aku harap ramai la yang amek iktibar dari cerita nie..kalau nak kaya jangan la melalui skim yang terlalu berisiko seperti judi ini. Mana mungkin ada perniagaan yang hanya membuatkan orang lain untung.. melainkkan dia sendiri yang untung... sendiri mau ingat la...sebab tue islam melarang kita supaya jangan berjudi....

Ok la untuk malam nie....1 hari lagi aku berjaya membuat post untuk blog cerita benar ini.. belajar untuk melawan kemalasan...malas la punya segala masalah tapi aku tak berjudi...hehehe

Tuesday, January 11, 2011

Jumpa Tips Untuk Trafik dan Tambah Pendapatan Nuffnang


Selamat malam buat semua....hahaha sebab kejap lagi aku nak tidur. Tiada isu besar untuk aku cerita atau nak kongsikan bersama pada entri kali nie. Kalau pasal AJL 2010 rasanya macam dah basi. Ana Rafali pun mungkin dah reda dari terkejut diatas kemenangannya. Atau pun artis-artis lain yang tidak menang pon dah hilang kot diorang punya tension.

Kalau nak bercakap pasal artis lagi mungkin cerita pasal artis yang berbikini dekat Bali tue. Dia mengaku perbuatannya dan akan lebih berhati-hati untuk tahun 2011.. Ini macam cerita benar jugak la. Tapi kalau kawan dia tak post dalam internet mungkin cerita ini akan jadi cerita yang dulu-dulu.. "semua tue superimpose....sebab nak jatuhkan saya..."

Aik apa aku melalut nie..kata nak cerita pasal jumpa tips untuk tambah trafik ke blog dan cara nak tambah pendapatan nuffnang. Haa ini ceritanya..hari nie aku berjalan jer untuk cari ilmu tambah trafik dan tambah pendapatan nuffnang.. AKu search dalam Yahoo...tips untuk nuffnang...tips untuk trafik.

Banyak la blog dan website yang aku jumpa tentang keyword tersebut. Tapi dalam banyak-banyak yang aku tengok tue...aku amat terpaut pada mombloggers planet...Blog dia sungguh komprehensif..kita nak tips apa pon ada...kita nak tool untuk blog pon ada..blog tutorial pon ada.. macam kat astro "macam-macam ada"

Aku nak kongsi kat sini pasal 7 tips Menambah Trafik dari blog tersebut :

1. Pandangan Pertama - Dari Segi Layout, design dan sebagai nya mesti cool

2. Tulis Entri dengan Cara kita Yang Tersendiri - Banyak isu yang timbul dan banyak website atau blog akan cover..tapi kita tulis mesti dengan style kita

3. Gambau, gambar atau gambo kena letak - Orang boring kalau asyik teks sahaja.

4. Komen Blog Orang Lain - Kena la lawat blog orang lain dan kasi komen yang professional.

5. Kasi Mudah Navigasi - design yg dibuat memudahkan pengunjung untuk melayari blog kita.

6. Tulis entri yang Meletop - Cari isu yang orang suka cari..

7. Update, update dan update -

Nie la apa yang aku dapat dari blog mombloggersplanet dan apa yang aku faham tentang apa yang di tulis oleh beliau.. Kalau korang nak lebih faham pie la lawat blog dia.

Akhir sekali aku rasa setakat tue sahaja cerita aku untuk malam nie..niat aku untuk update blog cerita benar untuk hari ini telah tercapai. tq...harap esok ada lagi yang nak ditulis..............

Sunday, January 9, 2011

Kenapa Benci Ana Rafali...



Tahniah dan untuk Ana Rafali kerana dinobatkan sebagai Juara AJL 2010.. Aku nie bukannya peminat beliau tetapi bagi aku siapa yang menang kita kena ucap tahniah dan patut menghormati keputusan itu walaupun ianya tidak memihak kepada apa yang kita hajati..

Dengar-dengar cerita ramai yang tidak setuju dengan kemenangan tersebut. Kalau kita browse Facebook yang nak tutup 15 nie...kita jumpa banyak sungguh komen-komen yang tidak setuju dengan kemenangan tersebut..

Bagi yang tak tengok AJL pon bila ada kontrovesi macam nie pun nak masuk campur...hehehe buat-buat sibuk...ala macam Malaysia lawan INdon la...penyokong indon mesti tak puas hati punya...

Tapi si Ana Rafali nie yang aku respect sebab dia pakai baju kurung..konon sejak dari dia belajar kat Uitm Lagi..Teruskan macam tue la..



Kenapa kita tak nak terima kemenangan dia...kesian kat dia...dia dah berusaha..apa cerita kalau kita menang sesuatu tapi orang bising pasal kemenangan kita...Akhir sekali aku rasa jom la kita terima kenyataan...supaya kita boleh majukan lagi industri seni negara.

Saturday, January 8, 2011

Cerita Guru Wanita Yang Sangat Melampau...



Pagi tadi aku baca harian Metro. Cerita tentang seorang guru wanita yang melampau. Macam pernah dengar saja cerita nie. Tapi cerita dulu bukannya seorang guru tapi Pramugara Melampau. Isk iskh apa nak jadi dengan dunia sekarang. Guru yang sepatutnya mengajar untuk menjadi seorang murid atau pelajar yang baik tapi perkara sebaliknya berlaku..

Kejadian nie berlaku di Amarika..PLAINFIELD (Illinois atau Chicago) dan nasib baik bukan kat Malaysia... Kalau kat sini Malaysia...Search engine Yahoo dan Google mesti penuh dengan carian Guru Wanita Terlampau ini...lebih tepat keywordnya adalah 3gp Guru Wanita terlampau.



Khabarnya guru wanita ini merupakan seorang guru pendidikan jasmani...dan telah menjalinkan hubungan dengan pelajarnya itu dah lebih sebulan.. Budak tue pulak baru berusia 16 tahun..kira kalau kat Malaysia budak tue tingkatan Empat la..kiranya dah besar jugak la budak lelaki tue.



Cerita dari sumber polis mengatakan ketika mereka ditangkap keadaan kedua-dua pasangan tersebut dalam keadaan separuh bogel didalam kereta di belakang sebuah pusat membeli-belah. Cerita polis lagi mereka yakin pasangan tersebut baru sahaja selesai melakukan hubungan seks...hahaha ka cerita sebenarnya polis tunggu mereka selesai dahulu baru tangkap...baru ada bukti...itu agak-agak aku la...cerita sebenar aku taktau sebab tidak berada ditempat kejadian dan cuma baca harian Metro sahaja..tapi kalau sumber berita dari website thirdage..polis memang ambil kondom dari kereta pasangan tersebut sebagai bukti..



Guru wanita tersebut selain mengajar Pendidikan Jasmani atau Pendidikan Fizikal di sekolah tinggi tempat mangsa lelaki turut juga mengajar subjek tarian sejak 4 tahun lalu..dan ceritanya lagi guru wanita tersebut memang popular dikalangan murid....

Dah la untuk cerita guru melampau nie...aku taknak melampau tokok tambah..dan untuk guru-guru jadilah guru yang dihomati kerana ilmu dan budi...bukannya kerana body yang melampau.


Friday, January 7, 2011

Cerita Benar Anugerah Juara Lagu - AJL 2010


Oleh kerana AJL 2010 akan berlangsung esok semua orang heboh bercakap pasal AJL nie. Jadi aku pun tumpang sekaki untuk bercerita tentang AJL 2010 nie.

Sebenarnya apa yang nak aku ceritakan nie bukan pasal siapa yang akan menang atau menjuarai mana-mana kategori tetapi lebih kepada macam mana sambutan masyarakat tentang Anugerah Juara Lagu nie. Sambutan sangat hebat...ceritanya ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan tiket..Malah ada yang sanggup cuti dari bekerja untuk dapatkan tiket free...yang aku terfikir apa cerita yang sebenar yang dia kasi sebagai alasan untuk cuti tersebut kepada majikan...kalau dia cakap nak pergi dapatkan tiket AJL...mampuih boss dia tak kasi...Hebat sungguh penangan AJL nie jangan tambah A antara J dengan L dah la...

Kehebatan AJL nie kalau tengok trafik dalam YOUTUBE cecah belasan Ribu satu-satu post atau movie. contohnya movie nie hari nie sahaja cecah 13k penonton. Ada 4 untuk tajuk nie.



Sebenarnya aku tak berapa berminat dengan rancangan-rancangan macam nie. Tapi sebab ramai sangat yang bercakap pasal AJL ni aku pon ambil tau la jugak...Tadi kita tengok dekat youtube...nie kita search blog pulak...kalau masuk dalam DIGG.com ada 29 entri dari pelbagai blog atau site. Macam-macam cerita yang ada..dari siapa pilihan untuk dinobatkan sebagai juara sehingga la cerita hantu...betul ka ada hantu yang menjelma? ada pulak dengan entri Rahsia Juara Lagu AJL ..rahsia pon ada?

Akhir sekali cerita benar ingin mengucapkan tahniah kepada siapa pon yang bakal dinobatkan...dan kita berjaya menghasilkan artis yang berkualiti bukan sekadar glamour sahaja yang lebih..




Wednesday, January 5, 2011

Cerita pasal KALAU, Suatu Hari Nanti, Saya Berharap...


Hahahaha tajuk entri kali nie agak pelik..Sebab apa pelik? Sebab dari cerita yang akan aku buat dari para ke para yang berikutnya adalah menilai diri aku sendiri dalam dunia blogger.

Cerita ini aku ambil dari E-buku yang orangnya dah berjaya..bukannya aku buat cerita sendiri atau reka-reka cerita.. tapi memang dah terbukti dia memang berjaya.Try search google tentang orang nie...En John Chow..Apa dia kata?

Kata John Chow ..Suatu hari tidak Mungkin Datang...

Katanya untuk kenal orang yang berjaya atau tidak berjaya mudah sahaja. Kita cuma boleh paham karakter orang itu melalui bahasa yang digunakan sahaja. Orang yang mentaliti lemah atau tidak berjaya biasanya akan menggunakan perkataan-perkataan "suatu hari nanti" atau "Saya berharap" atau "saya berdoa" . tetapi tiada tindakan yang diambil bagi memastikan sesuatu sasaran yang dibuat dapat dicapai.

Setiap orang mempunyai impian dan sasaran... sasaran adalah sebuah impian yang diikuti dengan action atau usaha...bayangkan aku ada sasaran atau goal iaitu nak blog aku berjaya tetapi aku tak buat apa-apa..cuma aku berharap bahawa "suatu hari nanti blog akan berjaya" atau harap-harap blog ini akan berjaya...macam mana? Apa cerita nak berjaya kalau berharap jer tapi menulisnya tidak.

Tapi bagi sifu aku pulak dia cukup pantang perkataan KALAU...katanya untuk berjaya buangkan lah perkataan kalau dari kamus hidup kita...sebab perkatan nie cuma sebagai satu alasan kepada kegagalan kita. Selalu kita dengar "kalau la aku buat macam nie..mesti tak rugi"...kalau la aku baca buku mesti boleh jawab exam...dan macam-macam lagi kalau...Seolah olah kita berfikir kepada perkara yang dah lepas atau berlaku..Kenapa kemungkinan-kemungkinan itu kita tak pikiaq dari awai.."buat macam nie mesti aku berjaya...sekiranya aku pilih buat macam nie aku akan gagal.."kan dua-dua option nie dah ada...Bak kata Nabil Lu PIKIR LA SENDIRI...

Apa yang aku melalut pon aku tak tau...kenapa tetiba keluaq entri yang macam nie?..Mungkin sebab semalam blog post aku cakap setiap hari purata post mesti sekurang-kurangnya 2 post. Tapi aku tak buat pun...sebab apa? sebab ada job urgent kena buat Montage...deadline tak sampai satu hari...nasib baik la ada kawan-kawan kat internet yang aku tak kenai rajin letak template Adobe After Effect..jadi boleh la aku..henjut...pukoi 3 petang tadi baru siap dari malam...maknanya satu malam la aku tak tidoq...

Malam nie sebab aku tak nak jadi apa yang en John Chow cakap aku gagahi jugak buat artikel nie...walaupun kepala masih menggong sebab tak tidoq..

Monday, January 3, 2011

Cerita Blog Berjaya 2 Post Sehari


Bercakap pasal tajuk diatas..bolehkah kita buat 2 post sehari?...mampukah kita untuk secara konsisten buat macam tue?..Persoalan yang harus dijawab oleh kita yang merasakan kita nak blog kita berjaya.

Persoalan atau cerita diatas bukannya dibuat oleh aku..tetapi cerita benar yang telah dibuat dan dikongsi oleh blogger yang berjaya John Chow...dalam dunia blogger sapa yang tak kenal John Chow...beliau berjaya kerana tekun dan komited dengan apa yang dibuat. Selama 5 tahun berblogging beliau tidak pernah miss untuk update blog purata 2 post satu hari .. termasuklah pada hari-hari beliau bercuti..pergh komited sungguh... mampu ka kita...

Ceritanya kalau dia merancang untuk bercuti beliau akan membuat banyak artikel terlebih dahulu..dan lepas itu artikel tersebut dipublish secara automatik menggunakan Wordpress Timestamp...kena belajaq buat macam tue..tulis dulu artikel banyak-banyak pada masa lapang dan lepas tue kita publish jer..

Kesimpulan dari cerita nie aku bercadang nak ikut dahulu tips yang diberikan oleh John Chow nie...sebab katanya pulangan bukan dalam sebulan dua...kita kena konsisten buat trafik akan datang kemudian...Azam 2011

Cerita Pasal Harimau Malaya...

Maaf sekali lagi sebab entri cerita benar nie sekali lagi bercerita tentang bola..isk-isks. Aku memang berniat nak buat entri pasal benda lain misalnya pasal tips blog yang aku baca..tentang ping o matic, tentang backlink tapi semua tue tak dapat aku teruskan sebab cinta aku pada bola sangat mendalam hehehe...tak boleh ada isu sket pasal bola aku nak respon...Kalau ikutkan badminton pon ada isu...apa cerita Datuk Misbun bleh letak jawatan?...kenapa pemain bintang nak keluar dari BAM...pergh banyak sungguh isu..

Berbalik pasal bola..Kenapa Isu Harimau Malaya nie timbul?..Sebab apa dulu isu nie tak timbul?...Apa sebenaqnya harimau Malaya?

Pada pandangan peribadi aku yang suka cerita benar nie..isu ini cumalah isu politik..tak lebih dari itu..Kalau kita pikiaq logik..perkataan atau panggilan harimau Malaya pada skuad bolasepak Malaysia nie tak pernah pon kerajaan istihar secara rasmi...seingat aku la...jadi rasanya kalau ada yang kata skuad nie mewakili Malaya memang tak pandai sket la...

Binatang harimau tue dijadikan ikon untuk naikkan semangat bukannya mewakili Malaya dan spesis binatang tue namanya Harimau Malaya...untuk pengetahuan orang yang mempertikaikan isu ini...spesis harimau nie ditemui pada tahun 2004..kira baru lagi la..kenapa masa orang jumpa spesis harimau nie diorang tak bantah..hehehe namakan la Harimau Malaysia....nak letak harimau satu Malaysia masa tue belum ada konsep tue lagi...habitat harimau tersebut cuma ada di 4 negeri utama iaitu Pahang, Perak, Terengganu and Kelantan... kalau nak marah pasai pilih nama harimau Malaya nanti orang selain negeri diatas pon boleh marah sebab harimau tu tak ada kat negeri mereka. kenapa orang lain tak marah...apa cerita?

ini aku quote kata-kata pelik tersebut "“Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?

“Jika Sabah dan Sarawak dipinggirkan, saya cadangkan Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak dan diberi nama Harimau Borneo untuk bertanding dalam kejohanan itu,” katanya."


macam kelakau la pulak...sejak bila sabah dan serawak dipinggirkan..isu ini tidak timbul langsung...masalahnya ada ka spesis HARIMAU BORNEO...harimau sumatra ada la...tue la kalau bercakap takde input...cuba google sket..

Bagi aku kita gunakkan la nama yang boleh menaikkan semangat, timbul rasa berani, gah dan sebagainya...tak payah nak pertikai la...kalau nak menyumbang kearah kemajuan bola jom la kita sama-sama sokong..kalau sekadar milage utk publisiti politik tak payah la...Masa Malaysia dok kalah dulu takde sape minta tukaq nama..patut masa nie la..macam budak selalu nanggis mak bapak akan kasi nama baru...

Apa-apa pun kita kena paham pasukan tue MEWAKILI MALAYSIA bukan mewakili Malaya..malas dah aku cerita panjang dengan orang yang suka mempolitikan isu untuk kepentingan peribadi..dan aku percaya rakyat Malaysia kat Sabah dan Sarawak yang lain tak pikir pon benda nie..diorang politik jer yang buat macam tue...

Lagi pun bila aku blogwalking ramai lagi yang tulish benda yang sama..apa yang nak aku sampaikan diorng dah sampaikan contohnya blog fifi syafiqah dengan entri bertajuk Kesian Harimau kena tukar kad pengenalan lagi blog nasihsaifullah dengan entri bertajuk Harimau Malaya atau harimau Malaysia

Akhir sekali...bercerita benar lah kita...niat mau tulus hati mau ikhlas

Saturday, January 1, 2011

Cerita Bola Lagi....

Cerita bola lagi..maaf sekiranya ada yang muak dengan entri blog. Tak habis-habis dengan bola..bola..bola... walaupun banyak isu dalam surat kabau hari nie boleh dijadikan isu... Tentang Artis Malaysia Setaraf dengan artis Hollywood...hehehe setaraf ka?...mungkin entri lain boleh kit kupas cerita sebenarnya tue.

Hari nie cerita benar nak ulas pasal tajuk akhbar bahagian ruangan sukan..Safee Sali paling hangat di pasaran...memang dia layakkan pon..FAM patutnya membantu pemain-pemain Malaysia yang berbakat nie untuk jual kemahiran mereka dipasaran antarabangsa. Wujudkan satu unit yang khas...tugas unit ini pergi ke kelab-kelab luar dan cuba jual pemain Malaysia yang berbakat. Gunakan pelbagai kaedah untuk promosi setiap permain tersebut...dan permain-pemain pulak kena la bersedia kearah tue...

Pengalaman bermain diluar tidak akan sama dengan bermain di Liga sendiri..Suasana berbeza, persaingan sengit itulah pengalaman yang tidak ada dalam liga sendiri...Asyik-asyik jumpa muka yang sama...Kalau kita penyerang kita dah tau kita akan jumpa dengan pemain pertahanan yang pernah kita jumpa dalam skuad negara.. sebab diorang nie juga yang akan terpilih mewakli negara kalau mereka baik.

Harap-harap Safee tidak akan menolak offer yang diterima dari Kelab Vietnam atau Indonesia tue. Atau cuba cari kelab dari Thailand...liga mereka lebih baik..Kenapa aku cakap macam tue?...sebab liga mereka mempunyai ramai pemain berbakat...kelab Vietnam misalnya...pemain-pemain import kelab disana bermain bersungguh...Komitmen dan skill mereka memang mengagumkan...jadi sebelum temasya sukan bolasepak peringkat asia atau asia tenggara bermula kita dah ada pengalaman bersaing bersama mereka.

Duit...cerita duit..kalau kaedah kita jual permain-permain kita yang berbakat kita boleh jana pendapatan...kalau tak masuk kantung FAM pun tak la payah FAM keluaq duit sendiri untuk hantaq permain berlatih kat luar negara...Kita pernah hantaq pemain untuk berlatih diluar negara tapi kita tak ada kaedah pemantauan.. tiada yang menonjol...malah terus tak balik pon ada..apa dah jadi dengan permain yang kita hantaq ke Perancis...budak tue mana dia...rasanya umoq pon lebih kurang Safee, Norshahrul Idlan dan pemain Skuad Malaysia yang lain...mana pie...habihkan duit rakyat jer..

Piala Dunia..cerita pasai piala dunia..pada pendapat aku la..selagi Malaysia tidak mempunyai pemain yang bermain dikelab-kelab luar negara..rasanya jangan mimpi la untuk bermain di Piala Dunia atau Olimpik...Kita amek contoh korea sudah...player dia ramai kat luar negara...cuba kita belajaq dari mereka...walaupun sejarahnya mereka belajaq dari kita...

Cuba kita bayangkan semua permain yang mewakili skuad Piala suzuki Malaysia 2010 kita hantaq bermain dikelab-kelab lain..di Asia nie..mungkin liga Jepun, Korea, Thailand dan sebagainya.. Kalau tak boleh Liga Divisyen 1...liga Div 2 pon takper..Aku percaya apabila mereka balik untuk mewakili skuad negara kelak mereka ini akan mempunyai watak yang lain..yang jauh lebih matang dan yakin...Jual la betol betol wahai FAM..

Biar mereka ini takde dalam liga tempatan...biar bakat-bakat baru pulak yang muncul untuk memeriahkan liga tempatan..camtue baru la ada benih-benih baru yang tumbuh..bayangkan 5 tahun akan datang Malaysia mungkin boleh mengutip hasilnya...

Akhir sekali untuk entri nie aku harap FAM buat la sesuatu..Jadikan Skuad Harimau 2010 nie sebagai turning point untuk kemajuan bolasepak masa akan datang..Kalau kita lihat hasil dari pencapaian skuad ini ramai sungguh penyokong Malaysia..ramai yang sebelum ini tak berminat tentang bola pon dah pandai bercakap tentang bola...

AKhir sekali dari cerita benar...Majulah sukan bolasepak tahun 2011...harap-harap banyak lagi kejayaan akan menyusul..

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP