Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Thursday, February 10, 2011

TIPS Bagaimana Menulis Blog Yang Unik dan Hebat.


Selamat malam...hari ini cerita benar ingin berkongsi idea dan pandangan bagaimana untuk mendapatkan idea bagi menulis blog yang unik...

Salah satu masalah yang paling besar didalam berblogging adalah bagaimana untuk membuat artikel yang menarik dan unik untuk disiarkan. Apa yang kita hendak tulis mungkin telah ditulis oleh beribu-ribu lemon blogger yang lain. Jadi bagaimana untuk membuat artikel tersebut UNIK. Kalau ikut poyonya memang ramai yang akan kata ARTIKEL BERKUALITI dan KANDUNGAN YANG ORIGINAL merupakan faktor yang paling utama bagi memastikan kejayaan sesebuah blog.

Sudah tentu, aku setuju dan anak aku yang berumur 2 tahun tue pun kalau ditanya akan bercakap logik yang macam itu. Tapi bagaimana...? Disini aku ingin berkongsi cerita dari blog-blog yang berjaya yang menulis tentang bagaimana untuk menulis kandungan blog yang baik.

Disini aku kongsi 5 cara atau idea untuk membuat kandungan yang baik bagi menonjolkan blog kita..heheh blog aku menonjol ka?...tidak jugak sekadar berkongsi ilmu...

1. Sudut Pandang Yang berbeza.
Salah satu kaedah untuk jana idea adalah kita mesti membaca dan melayari laman blog orang lain. Tengok apa topik yang paling hangat ditulis. Tapi jangan TIRU..cuba anda tengok dari sudut dan perspektif yang berbeza. Maksudnya yang berlawanan dengan apa yang ditulis oleh ramai blogger lain. Misalnya ramai yang menulis tentang kenaikan harga minyak membebankan pengguna..Kita tulis pula "untung la pengusaha roti canai sebab minyak naik 10 sen harga roti canai naik 10 sen sebiji...

2. Cerita Benar
Buat artikel atau penulisan tentang pengalaman peribadi. Setiap hari dalam kehidupan kita banyak benda yang berlaku. Kita olah cerita-cerita tersebut menjadi tulisan yang orang lain boleh rasa apa yang kita rasa. Contoh... politik dalam perjabat, pergi kerja pakai kasut baru... untuk lebih mudah...apa yang selalu kita umpat-mengumpat tue kita terjemahkan dalam bentuk penulisan blog...nescaya ramai yang akan mengikuti blog kita... tetapi kena berhati-hati jangan sampai kena saman atau dibuang kerja kerana memalukan syarikat atau individu tertentu sudahlah...pandai-pandai cover.

3. Pecah-pecahkan kepala
Hari jumaat lepas aku ada menulis tentang cara nak mendapatkan 1000 trafik . Semua tips itu aku ambil dari blogger-blogger yang dah power dan aku olah supaya aku dan blogger baru dapat membuka sedikit minda dan idea untuk menulis... hasilnya dari pecah-pecahkan kepala otak aku dengan artikel tersebut ramai juga yang berkunjung ke-blog ... jadi sambil aku belajar sambil itu juga aku mampu mendapat traffik keblog.

4. Tulis Apa yang terlintas
Kadang-kadang ada situasi dimana kita ada terlampau banyak idea yang nak ditulis..Dah jadi masalah sampai akhirnya satu benda pun kita tak tulis dan update blog... Cerita ini rasanya ramai yang mengalaminya.. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut...kita tulis dan senaraikan dulu idea apa yang terbit dari kepala otak kita dan selepasi itu buat TOC ( table of content)...bila dah ada TOC kita putuskan sama ada nak publish semua artikel tersebut dalam satu tajuk ataupun idea tersebut diasing-asingkan dan dipost dalam post yang berlainan tajuk...

5. Minda Terbuka.
Jangan sekali-kali menganggap idea yang terbit didalam kepala kita adalah idea yang bodoh..Kadang-kadang idea yang bodoh tersebut kalau digarap dengan baik, ianya menjadi idea yang paling best...Selalu situasi tersebut berlaku...dalam dunia periklanan idea-idea bodoh inilah yang selalu dipolish supaya menjadi idea yang menarik..Jadi minda kita mesti terbuka untuk melayan idea-idea yang bodoh ini untuk kemudiannya kita gunakan sebagai bahan penulisan blog kita.. contoh idea 'aku nak cerita pasal kasut"..idea tersebut mungkin bodoh...tapi kalau kita gilap..dari idea kasut kita... kita kembangkan kepada kasut yang hebat macam berapa juta pasang kasut isteri presiden...atau cerita tentang orang kaya yang tidak pernah pakai kasut mereka untuk kali ke-2.....kan dah jadi idea yang besar dan menarik..

Haa...dah dapat sedikit idea untuk menulis?..aku harap tulisan ini membantu sedikit sebanyak mendapatkan idea bagi menulis blog.. Blog cerita benar sekadar berkongsi apa yang asemoga berjumpa lagi..

6 comments:

Hairi Ahmad February 12, 2011 at 10:15 AM  

sangat-sangat bersetuju dengan idea bernas ni...

apa2 pun, yg penting rajin berusaha jer :)

Liza @ Adzriel AB February 12, 2011 at 5:25 PM  

saya tulis apa yg terlintas di kepala je. kalau terjumpa atau etringat yg menarik, terus note dlm hp. je. seronok sharing dgn semua org utk panduan & happy2kan suasana.

optionshif3 February 12, 2011 at 8:18 PM  

hairi: yang penting kena rajin update..
Adriel: memang pun kita tulis apa yang terlintas dan itu lebih menarik..sebab apa yang menarik pada kita mungkin orang lain juga berminat..

Cik Rimau February 13, 2011 at 6:31 AM  

Huhu.. Sy plak lebih kpd cerita peribadi.. Kalau boleh xnak trlepas sehari pun update.. Tp bile xde idea, tu yg mule xupdate.. Tq utk tips yg berguna nie.. Hehe

fara feroza February 28, 2011 at 7:21 AM  

sy suke tulis benda2 benar... cume kadang2 merapu gak penulisan sy n malu sendiri..haha..:)
still berusaha baiki penulisan..thanks 4 da info
sudah2 la cikgu.

Ukhtifarhana April 8, 2011 at 10:58 PM  

tq atas tips2 ni..sangat berguna!!!=D

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP