Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Saturday, February 20, 2010

Nak Tulis Apa Untuk Cerita Benar


Aku mulakan entry aku untuk cerita benar dengan apa yang aku buat.. Hari nie seperti hari Ahad yang lain pukul 10 pagi kena pergi hantar anak sulong aku kelas Taekwando. Dia belajar Taekwando masa umor dia 4 tahun. Sekarang umor 7 tahun aku tengok masih dok macam tue jugak, Takde perubahan. Mungkin masa tadika dulu takde persaingan dan dia tak expose dengan lain-lain gred (tali pinggang) kot.

Sekarang nie kat sekolah rendah semua tali pinggang ada, minat dia macam bertambah sket. Balik rumah pon dah practice tambah lagi sekolah nak buat sukan dan geng taekwando kena buat Demo dan terpilih. Ha tue sebok la nak practice..

Berbalik pada tajuk nak tulis apa untuk cerita benar, aku buka la blog kawan-kawan dari yang dah PR 6 hingga la yang takde PR macam blog aku nie..semuanya untuk dapat idea. Tapi idea takde lagi..Ada kawan aku tue dia buat blog untuk jual produk soft toy second hand. Tengok maju jugak. Lagi satu tue dia buat untuk letak resepi...baguih juga kira boleh cerita hari nie aku buat Ketam Bercili guna resepi yang aku baca tue la...hmm..nyumm nyum nyum.

Buat blog senang tapi nak kasi blog menarik susah, kena pikiaq SEO (Search Engine Optimization) lagi supaya senang search engine macam Yahoo, Google dan lain seangkatan dengannya index blog kita. Sapa-sapa yang baru buat blog bleh la hantaq kat sini untuk diorg index:-

1. Yahoo - http://search.yahoo.com/info/submit.html
2. Google - http://www.google.com/addurl/
3. Microsoft Live - http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
4. Alexa - http://www.alexa.com/help/webmasters#crawl_site

Aku listkan search engine yang selalu kita orang Malaysia guna dan ikutkan banyak lagi tapi buat masa nie tak perlu kot. Rasanya aku pon blom hantaq habis lagi ke Search Engine yang aku listkan tue.

setakat nie saja untuk entry blog cerita Benar. Semoga boleh dimanfaatkan oleh pembaca.

0 comments:

How To Sart Forex Trading

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP