Cari Idea untuk Blog Cerita Benar
Sabtu pagi seperti biasa aku akan hantar 2 orang anak perempuan aku ke-kelas mewarna. Teknik mewarna diorg tue dah "improve" banyak...baguih la tak la rasa rugi sangat keluarkan duit..
On the way balik selepas hantaq tue aku dok pikiaq macam mana nak cari idea untuk Blog Cerita Benar agar ianya menarik, bukan utk orang lain tapi untuk aku bila time boring-boring boleh baca balik apa perjalanan hidup aku...
Aku buka la balik buku lama-lama, macam mana nak "generate idea".. Macam macam teknik nak jana idea nie... cuma macam mana kita nak guna atau execute tue yang payah..Kata sifu aku dulu idea pertama adalah idea yang kita kena buang dalam tong sampah...sebab.. katanya idea pertama yang terlintas tue adalah idea yang juga terpikir oleh berjuta orang lain...logik jugak la..Kata dia lagi idea yang best adalah idea yang simple tapi orang lain tak terpikir...contohnya bila orang tengok idea kita tue orang cakap
"pergh best la idea tue...senang jer...kenapa la aku tak terpikiaq sebelum nie"
Tue la idea yang best menurut Sifu aku..kata dia lagi kalau nak pakai gak idea pertama tue kita kena tengok dari sudut lain..maksudnya:-
1. Apa yang berlawanan dengan idea tue
2. Apa yang boleh dijadikan pelengkap kepada idea tue
3. Apa sifat idea tue...kita buat analisa sifat kelebihan dan kelemahan
4. Apa idea yang ada tue kita lebih-lebihkan "Exaggerate to the extreme"
Itu la antara tips jana idea yang aku boleh kongsi...untuk manfaat pembaca bersama..Kiranya cerita benar di sebalik pembinaan blog nie la.. Tapi masalahnya aku dah ada idea untuk "content" blog nie ka?..
Ok la untuk entry nie cerita benar disebalik cari idea untuk blog Cerita Benar..
0 comments:
Post a Comment