Petua dan Tips Cerita Benar Hari Ini

Petua Hari Ini

Saturday, March 20, 2010

Cerita benar Cili Fertigasi..

Cerita untuk blog hari nie tentang cili fertigasi yang aku tanam pada 1/1/2010. Untuk projek nie aku tanam 8 pokok cili padi 4 pokok tomato biasa, 2 pokok tomato ceri dan 2 pokok terung semuanya dah mula berbuah. Setiap hari balik dari opis lepaih minum petang dengan anak dan isteri mesti pergi tengok pokok-pokok tue dulu. Kira rutin yang sama untuk 3 bulan nie.

Pokok cili padi aku semua dah berbuah dengan banyak ada yang dah masak merah pon. Bangga sungguh dengan hasil tangan aku. Orang kata berbudi dengan tanah nie hasilnya kita dapat...tapi aku tak pakai tanah cuma pakai sekam bakar jer. Kira masuk dalam kategori nie juga ka?. Syok punya syok dengan perkembangan nie rupanya tak lama bertahan. Pokok cili padi fertigasi aku nie semua dah kena penyakit keringting. Bermula dengan pokok cili besar lepaih tue berjangkit kepada pokok cili padi. Sekarang nie semua pokok dah kena..pergh frust woo... Tambah frust bila tadi pagi pergi pasar tani Fama ada gerai yang jual baja organik dan kat banting dia ada gambar cili yang kena penyakit kerinting bleh dirawat. Aku pon tanya ka mamat yang jual baja organik tue...Dia tanya aku balik Abang nak tau cerita benar ka cerita nak sedap hati? Aik kenapa macam tue pulak? Dia cakap kalau nak tau cerita benar, Abang kena cabut jer semua pokok-pokok tue, dah memang tak boleh nak buat apa-apa. Tapi kalau nak sedap hati abang beli la baja saya nie, cuba mana tau pokok tue boleh baik..emmm aku pun senyum kelat jer la.

Sebenarnya pokok-pokok tue semua dah teruk, tinggal buah jer, daun semua dah keras dan bila disentuh gugur. Masalah nie bukannya aku tak cuba atasi dari awal, cuma apa yang aku buat tak berkesan. Banyak tips dari internet aku praktikan tapi tak berhasil. Yang baguihnya kaedah pertanian fertigasi nie banyak pengusahanya yang celik IT. Kalau kita search perkataan cili fertigasi kat enjin carian macam Google dan Yahoo memang banyak blog dan website kat Malaysia pasal Fertigasi muncul. Diorg nie bukan setakat jana pendapatan dengan hasil tuaian Cili tetapi jugak melalui jualan peralatan dan sistem kepada orang yang berminat untuk mencuba kaedah fertigasi secara hobi di belakang rumah...macam aku..hehehe

Yang lagi "advanced" diorg buat kelas/kursus fertigasi kepada yang berminat untuk mengusahakan secara kormesial. Apa yang aku perhatikan pengusaha yang buat kursus nie dapat 2 keuntungan. Pertama dari kutipan yuran peserta kursus dan yang kedua dia untung sebab tak payah pakai buruh banyak-banyak untuk tanam dekat ladang mereka. Semuanya ditanam oleh peserta kursus semasa latihan praktikal... Untung-untung.

Berbalik pada projek fertigasi aku pulak pokok terung dan pokok tomato takde masalah, cuma tunggu hari untuk tuai buah. Aku rasa setakat nie saja la update untuk blog cerita benar aku hari nie. Nanti kalau ada masa aku upkan gambar cili dan tomato aku, baru nampak kebenarannya.

Cerita benar nak tulis blog...Azam update blog

Cerita benar nak tulis blog...Macam mana dengan azam nak update blog setiap hari-hari? hampeh..marah diri sendiri la. sendiri yang buat azam tapi tak buat.

Sebenarnya banyak blog dan laman web aku baca sebagai rujukkan untuk membuat blog menarik contohnya blog nie http://makemoneyforbeginners.blogspot.com nie dia ajar langkah demi langakah nak buat blog yang baik. SEO friendly tapi kenapa aku tak tertulis pada blog cerita benar nie. Tu yang buat aku binggung. komitmen takdak kot..tue jer puncanya

Baca blog orang lain best jer, pandai diorang mengarang, banyak topik yang dibincangkan tapi aku nak cerita pasai cerita benar nie pon penin nak tulis. Idea macam banyak tapi tak tau mcm mana nak tulis. Dulu masa belajar dulu supervisor suruh buat "table of content" dulu sebelum mengarang lepaih tue baru la bleh setat menulis. Tapi biasa la anak murid pemalas tak dengaq cakap cikgu tue yang jadi macam nie.

Mulai hari nie aku nak berazam sekurang-kurangnya blog cerita benar nie akan diupdate seminggu sekali..sesiapa yang terbaca blog nie kalau tengok tak update seminggu sekali boleh kasi komen...apa la mamat nie cakap tak serupa bikin..

hahaha akhirnya terupdate jugak blog cerita benar nie..walaupon takde point-point yang bernas tapi sekurang-kurannya kasi sedikit nasihat kepada diri sendiri.

How To Sart Forex Trading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Backlink - Blog Cerita Benar

Button Cerita Benar

Tentang Blog Cerita Benar

Blog ini menceritakan kisah benar disebalik perbuatan dan perlakuan kita didalam mencapai matlamat...Busines, kebahagian, pendapatan, kepuasan dan sebagainya

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP